Find us on Facebook

Seronok dapat bawa anak-anak ke petting zoo Farm in the City yang kini meraikan 11th Anniversary Innovating Education Through Nature

Assalamualaikum. Rezeki anak-anak apabila Fiza satu family diundang oleh pihak Farm in the City bagi sama-sama meraikan ulang tahun ke-11 Farm in the City, Petting Zoo, Seri Kembangan. Jadinya alang-alang datang untuk cover event, kami juga diberi peluang untuk bermain-main dengan haiwan di sini. 


Seronok dapat bawa anak-anak ke petting zoo Farm in the City yang kini meraikan 11th Anniversary Innovating Education Through Nature | Kami pun tak pernah ke sini lagi. Tapi untuk mengetahuan korang juga, The Bentong Farm, Petting Zoo pun dorang punya. Satu lagi KL Tower Mini Zoo dah permenantly closed.


Sempena Ulang Tahun ke 11, Farm In The City memperkenalkan satu siri program baharu pendidikan 'Innovating Education through Nature’ yang menyediakan pengunjung dengan pengalaman interaksi semula jadi bersama haiwan serta lebih mengasyikkan.

Junior Farm Rangers program juga diperkenalkan yang mana anak-anak boleh dapatkan pengalaman menjadi renjer sebenar, dapat belajar ilmu mengenai haiwan secara mendalam dan memperoleh pengalaman langsung bersama haiwan dengan lebih dekat lagi. Unleash the adventure at Farm In The City with your little explorers!













Selepas habis perasmian, persembahan dan ada sedikit makan-makan, semua tetamu yang hadir diberikan peluang untuk masuk untuk beramah mesra dengan haiwan-haiwan petting yang ada. 

Haiwan kat sini semua jinak-jinak dan bagi Thaqif dan Huwainaa ini pengalaman kali ke-3 mereka bermain dengan haiwan-haiwan petting sebab pengalaman dorang dah ada masa kat KL Tower Mini Zoo dan The Bentong Farm.








Korang nak dukung, nak peluk dan belai semua boleh dan tak perlu risau sebab semua bawah pemantauan pekerja dorang di sini. Macam nak pegang ular, tak semua ular boleh pegang yer. Tapi bila staf dorang bagi pegang, just ambil peluang, bukan senang kan nak dapat pegang ular nie. 






Haiwan kat sini memang jinak, kita boleh sentuh bagi makan. Ada kiosk disediakan untuk membeli makanan haiwan. 












Anak-anak korang sure happy datang sini. Tengok Thaqif dengan Huwainaa la, seronok betul dorang dapat bagi makan, sentuh haiwan dan dapat kenal haiwan dgn lebih dekat. Apa kata kalau free nanti korang masukkan dalam wishlist untuk bawa anak-anak datang sini.

Waktu operasi
Weekdays: 10:00 pg - 6:00 ptg
Weekend: 09:30 pg - 6:00 ptg

Ditutup pada setiap hari Selasa, tidak termasuk cuti umum & cuti sekolah. Untuk harga tiket Farm in the City dan maklumat lanjut boleh check out https://farminthecity.my/

Unleashing your inner animal lover at the petting zoo! bak kata omputih. Tak gitu.  


#FarmInTheCity #11thYearsAnniversary #loveanimals #juniorfarmranger #kembarasekolah #farmrangerexperience #kampungcultureexperience #JuniorFarmRangers #HandsOnLearning #farminthecitymalaysia

Post a Comment

3 Comments

  1. Memang seronok bawa anak-anak ke sini. Anak-anak lagilah berganda seronoknya!

    ReplyDelete
  2. seronoknye kalau bw anak2 tengok binatang... kalau d trg ni sikit je binatang yg dipamerkan.. klu nk byk kene g kat negeri lain.. :D

    ReplyDelete