Find us on Facebook

Birthday Staycation | Pengalaman menginap di Tasik Villa International Resort Port Dickson

Assalamualaikum. Sikit-sikit kita try up story staycation tahun 2023 yer. Memang banyak Fiza nak story dalam blog, ikutkan dah habis rajin nie, story tak habis-habis jugak. Sempena birthday Fiza, husband yang cadangkan untuk buat Birthday staycation macam tahun-tahun lepas. Tahun ini dia nak celebrate birthday Fiza kat Tasik Villa International Resort Port Dickson. 


Birthday Staycation | Pengalaman menginap di Tasik Villa International Resort Port Dickson | Punya happy kita, bajet pun ada, cuti memang dah standby awal-awal sebab bulan Disember memang mood sebulan bercuti. Kalau kerja pun hati kat tempat lain, jasad je kat pejabat. Jadinya pada 10 Disember 2023, awal-awal pagi kami dah bertolak sebab nak sampai awal. Boleh lepak-lepak kat sana walaupun tak boleh check in lagi.

Wishlist tercapai

Lobi dan kaunter receptionist


Sampai je kami terus jalan-jalan, round Tasik Villa International Resort Port Dickson. Memang luas kawasan dia. Boleh sewa basikal untuk ronda-ronda kawasan. Cuma tak tahan cuaca panas betul. 

Lepas tu masuk cafe order makanan tengah hari. Nak check in lambat lagi. Pukul 3 baru boleh masuk bilik. 

Naik basikal ronda tasik

Nasi goreng Nenas

French fries

Menu lunch kami

Dalam pukul 2.30 petang tu kami dah boleh masuk bilik. Bilik Deluxe with Jacuzzi  memang luas dan besar. Boleh tahan menggelepar la orang cakap. Katil King ada 2, selesa sangat dapat tidur katil besar macam nie.

2 king beds


Macam biasalah, kita round dan tengok apa yang ada dalam bilik nie. Harga bilik nie kami dapat kat Agoda harga RM 550.70. Tiada kolam renang tapi ada kolam jakuzi.  

Bilik lengkap dengan pantri, bersama microwave dan pinggan mangkuk. Bilik air luas, bersambung dengan balkoni luar. Bilik pun sama link dengan balkoni luar. 








Kolam jakuzi nie anak-anak buat kolam mandi. Memang happy la dorang dapat jugak berendam dalam kolam siang malam.




Nature view boleh nampak keseluruhan 
Tasik Villa International Resort

Resort atas air tu nama dia Deluxe Water Chalet

Malamnya kami celebrate birthday Fiza. Husband tempah kek dan dinner kat bilik. Nak tengok kek dia, nanti kita update story lain. Cerita pasal sambut birthday.

Dinner sekali dengan sambut birthday


Dari jauh boleh nampak Grand Lexis PD


Penginapan kami juga disertakan dengan sarapan pagi. Boleh la makan buffet pulak pagi tu. Kenyang malam tadi pun tak habis lagi, sambung lagi makan. 

Good morning

Happy breakfast


Cerita pasal mandi manda pula. Kolam mandi kat Tasik Villa International Resort Port Dickson pun best. Anak-anak Fiza memang dah mula mandi petang semalam lagi. Sambung pula pagi berikutnya selepas breakfast. Memang tak jemu betul dorang nie mandi kolam. Balik pula sambung main air dalam kolam jakuzi.










Siap-siap nak balik dah

Happy birthday staycation

Seronok dapat stay kat Tasik Villa International Resort Port Dickson. Penginapan yang sangat selesa dan berbaloi dengan harga. Thaqif dan Huwainaa siap minta nak datang lagi. Boleh dipertimbangkan sangat sebab kat sini pun ada banyak pilihan bilik lagi kalau nak try seperti Deluxe Water Chalet, Deluxe Honeymoon Suite, 2 Bedroom Villa with Private Pool Family Villa.

Kalau korang ada family besar boleh ambil Family Villa siap dengan kolam tau. Nak booking, boleh booking di Agoda --> Tasik Villa International Resort

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments