Find us on Facebook

Nak rasa musim sejuk, jom bawa anak ke Immersive Winterland tarikan terbaharu di i-City Shah Alam

Assalamualaikum. Bila masuk bulan Disember, kita pun rasa nak terikut dengan negara 4 musim. Time nie negara-negara 4 musim dah masuk musim sejuk, ada salji. Tapi kay mana nak cari musim sejuk kat Malaysia nie kan. Musim hujan je tapi still sejuk jugak kan.  


Nak rasa musim sejuk, jom bawa anak ke Immersive Winterland tarikan terbaharu di i-City Shah Alam | Sebab tu kitorang ke Immersive Winterland yang terletak di i-City Shah Alam dan baru dibuka pada November 2023. 

Tak perlu keluar kos perjalanan mahal-mahal pun, tapi dapat juga merasai keseronokan musim salji. 



Antara tarikan yang terdapat di Immersive Winterland adalah :

1. SnowScape Experience

Nak main  bermain ski di salji, boleh try kat sini. Boleh main semua arcade kat sini dan ianya unlimited. Boleh la anak-anak main sampai puas. 





2. Immersive exploration cave

Masuk gua nie memang korang akan rasa sejuk sangat. Ada replika king kong, dinasour dan juga gajah mammort. Semuanya bergerak seakan-akan haiwan sebenar. 






3. 360 immersive explorer ride

Kat sini kami dapat pengalaman naik ride macam roller coaster tau. Memang best dapat rasa angin, hujan ribut. Agak adventure juga dan ada had ketinggian untuk anak. Anak yang kurang 120cm tak boleh naik ride nie. 



4. Immersive Time Wrap

Ini tempat paling magik yang korang patut datang. Sentuh je dinding, akan ada rama-rama, bunga yang cantik seolah-olah terbit dari sentuhan kita di dinding.  Bukan itu sahaja, ada magical waterfall yang korang akan jumpa bila korang bersandar di dinding. 













5. Polar Tribe Playground

Ini tempat budak-budak paling suka. Ada slide dengan ocean ball pit playground. Kami banyak lepak lama tak sini sebab anak-anak memang enjoy buat aktiviti kat playground nie. Kita yang dewasa pun boleh masuk join sekali.




Korang boleh tengok video yang yang Fiza publish kat tiktok. Memang best lepak kat sini. 
@fizaizawa Segalanya Immersive di ❄️Immersive Winterland❄️ Rugi kalau korang tak pergi 😍☺️ Jangan lupa pakai baju warna putih tau.. #immersivewinterland #icity #Immersive #senses #adventures #icitymalaysia #OneShahAlamOneDestination ♬ Gingerbread Lover - Ivoris & Chevy

Dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 11.00 malam di Level UG, CityWalk. Bawa seluruh family korang tau.. memang enjoy habis.

Untuk harga tiket Immersive Winterland boleh check out sini —> https://tinyurl.com/42dykffe


 

Post a Comment

0 Comments