Find us on Facebook

Canon Meningkatkan Kesedaran Laut Melalui Bengkel Fotografi dan Pameran yang Menarik

Dari Kiri ke Kanan: Pengarah BMRI, Profesor Madya Dr. Ching Fui Fui; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly; Ketua Cawangan Kota Kinabalu , Canon Marketing Malaysia, Calvin Liew; Naib Canselor UMS, Professor Datuk Dr. Kasim Md Mansur; EOS Master Canon, Ipah Uid Lynn; dan Pengerusi Ocean Celebration 2024 BMRI, Dr. Hairul Masrini Muhamad pada pelancaran Ocean Celebration 2024.

Sempena sambutan Hari Lautan Sedunia 2024, Canon Marketing Malaysia (“Canon”) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Marin Borneo (“BMRI”), Universiti Malaysia Sabah (“UMS”) telah menganjurkan sebuah program istimewa: bengkel dan pameran "Exploring Ocean Awareness Through Photography" yang dipimpin oleh jurufoto dasar laut terkenal dan EOS Master Canon, Ipah Uid Lynn. Inisiatif penuh bermakna ini diadakan bukan sahaja untuk memberi inspirasi, malah turut memperkasakan para peserta, dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pemuliharaan lautan.

Dengan minat mendalam terhadap fotografi dasar laut, Ipah telah berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalamannya dalam bengkel yang diadakan pada 24 Jun 2024, di Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah. Bengkel itu yang dibuka kepada pelbagai kumpulan peserta daripada agensi kerajaan, NGO, universiti, dan orang awam, bertujuan untuk melengkapkan para peserta dengan kemahiran penting untuk merakamkan keindahan dunia dasar laut. Ipah menerangkan secara mendalam teknik-teknik penting untuk fotografi akuatik yang menarik di samping memberikan penekanan mengenai amalan bertanggungjawab yang dapat mengurangkan impak manusia ke atas ekosistem yang sangat sensitif ini. Menerusi inisiatif ini, Canon Malaysia berharap untuk memupuk penghargaan lebih mendalam terhadap biodiversiti marin Malaysia yang terkenal, menggalakkan para peserta untuk menjadi penyokong pemuliharaan laut.

Canon dan BMRI menyokong pemuliharaan marin melalui kuasa imej. Dari kiri ke kanan: Koh Boon Hui, Ketua Komunikasi Korporat Canon Marketing Malaysia; Dr. Fikri Akmal Khodzori, Pensyarah Kanan BMRI; Ipah Uid Lynn, EOS Master Canon; Dr. Zarinah Waheed, Pensyarah Kanan BMRI dan Pengurus Sabah Coral Triangle Initiative; serta Calvin Liew, Ketua cawangan Kota Kinabalu., Canon Marketing Malaysia.

Selain daripada bengkel itu, satu pameran foto turut diadakan, menampilkan karya fotografi dasar laut terbaik yang dicetak menggunakan mesin pencetak daripada siri Canon imagePROGRAF Pro. Menerusi imej-imej yang mengagumkan ini, Ipah berjaya mengabadikan keindahan dan keunikan dunia dasar laut kita yang serba kompleks. Pameran itu turut mengingatkan tentang betapa mustahaknya usaha pemuliharaan marin, di samping memberikan pemahaman yang mendalam mengenai peranan penting ekosistem laut dalam menentukan tahap kesihatan planet kita.

Pelawat yang meneroka pameran "Meningkatkan Kesedaran Laut Melalui Fotografi" di Galeri Azman Hashim UMS, mengenali kehidupan marin melalui penceritaan visual yang menakjubkan.

“Di Canon, kami yakin bahawa imej mempunyai kuasa untuk mencetuskan perubahan positif,” ujar Ketua Cawangan Kota Kinabalu , Canon Marketing Malaysia, Calvin Liew. “Bengkel dan pameran foto ini menggariskan falsafah ‘Kyosei’ kami, iaitu hidup dan bekerjasama demi kebaikan sejagat. Dengan melengkapkan para peserta dengan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk merakamkan keajaiban dunia dasar laut serta mempamerkan karya foto yang mengagumkan oleh Ipah, kami berharap ia dapat menyemarakkan semangat pemuliharaan marin di samping menggalakkan usaha melindungi khazanah laut kita yang amat berharga.”

Teruja dengan sambutan positif yang diterima oleh program "Exploring Ocean Awareness Through Photography", Canon menyifatkan ia sebagai satu langkah berjaya dalam inisiatif pemuliharaan laut. Melihat kepada penglibatan mendalam para peserta dan imej memukau yang dipamerkan pada pameran itu mengukuhkan lagi kuasa penceritaan visual dalam meningkatkan kesedaran berkaitan isu kritikal alam sekitar. Program ini selari dengan komitmen Canon yang lebih luas terhadap kemampanan, yang ditunjukkan menerusi inisiatif seperti kempen ‘One Canon One Tree’ di seluruh negara dan kempen pokok angkat di Taman Tugu. Canon Malaysia kekal komited dalam misinya untuk memupuk masa depan yang lebih mampan menerusi penganjuran program dan inovasi teknologi berimpak tinggi.

Ketika berucap di pelancaran Ocean Celebration 2024 di Galeri Azman Hashim UMS, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj Mansur, menggalakkan orang ramai untuk melindungi dan memulihkan keindahan lautan, memastikan masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.

Canon dan BMRI merancang untuk meneruskan kerjasama mereka dalam usaha mempromosikan pemuliharaan lautan dan memupuk tindakan bertanggungjawab. Bersama-sama, mereka berharap untuk memperkasakan individu dan menggalakkan tanggungjawab kolektif bagi melindungi ekosistem marin planet kita yang sangat penting. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif alam sekitar dan tanggungjawab sosial korporat Canon, sila kunjungi: my.canon/en/consumer/web/company-about-csr.

Post a Comment

1 Comments

  1. Menariknya pameran photo bawah laut tu.. seronok kalau dpt join bengkel macam ni

    ReplyDelete