Assalamualaikum. Amacam cache tak tajuk kali nie. Last year kami Staycation kat Kedah selama 4 hari 3 malam. Memang lama kami kat Kedah. Sehari di Sg. Petani, 3 hari di Baling. Kami menginap di Emerald Puteri Hotel, Sg. Petani dan semasa di Baling kami menginap di Bayu Hotel.
Dua sebab inilah kami di Baling tapi tak sakit pun | Kenapa kami di Baling? Nie lah yang Fiza nak share. Pertamanya kami ke Baling untuk memenuhi jemputan majlis kahwin anak kepada pelatih kami semasa PALAPES UM. Kami panggil En. Din, PWII waktu itu.
Memandangkan hampir 10 tahun jugak tak berjumpa, alang-alang boleh buat reunion untuk Palapes Intake 26 Universiti Malaya. Dengan harapan akan dapat jumpa ramai kawan-kawan lama masa latihan dulu.
Anak Cik Din sepasang, majlis dibuat serentak
Lauk pauk kenduri
Jauh kita makan kenduri
Lauk kenduri kat Baling memang sedap
Kek pengantin
Teman seperjuangan dulu
Masing-masing membesar dengan jaya
Kami tak ramai tapi kami ada
Cikgu paling comel
Tapi tak ramai pun yang datang. Tak kesahlah kan sebab masing-masing dah ada komitmen. Cuma janganlah lepas nie ada yang gatal mulut, nak buat reunion lagi. Peluang yang ada nie pun dilepaskan. Lepas ini tak tahulah bila nak berjumpa.
Tinggalkan kisah kenduri kahwin dan reunion, sebab kedua Fiza di Baling adalah untuk ziarah kawan lama yang dah macam famili kami sendiri dulu. Dulu susah senang, famili nielah yang bantu kami. Sekarang mereka dah menetap di Baling. Jadinya alang-alang dah sampai sana , bolehlah datang ziarah.
Capt. Salim dah macam bapak kami
Dulu kami selalu datang rumah Kak Liza dan Capt Salim masa dorang ada kat Selangor. Dah macam famili sendiri, datang makan, datang lepak, tidur kat rumah dorang. Memang kenangan manis sangat. Bila ada cuti panjang, kami akan travel sama-sama, time tu Thaqif pun takde lagi.
Masakan Kak Liza paling dirindui. Memang sedap. Kena pula masak asam, memang favorite kami. Bila kami datang ziarah, dorang hidangkan masakan yang kami rindui, rasa nak mengalir air mata. Teringat moment dulu, seronok sangat.
Semoga Capt. Salim dan Kak Liza diberi kesihatan yang baik. Ada rezeki bertemu lagi. Jasa dan budi mereka tidak pernah kami lupakan.
Pemandangan Gunung Baling yang indah
Jadinya inilah sebab kami di Baling. Bukan kena Baling, tapi semuanya lebih kepada pertemuan, pertemuan mengubat rindu.
Wassalam.
0 Comments