Find us on Facebook

Pengalaman menginap di Bayu Hotel, Baling Kedah

Assalamualaikum. Untuk staycation Kedah kami hari kedua, perjalanan seterusnya ke Baling. Selepas check out dari Emerald Puteri Hotel di Sg. Petani, kami singgah jalan-jalan di Pantai Merdeka dulu. Korang boleh baca catatan perjalanan sebelum nie kat blog. 


Pengalaman menginap di Bayu Hotel, Baling Kedah | Staycation ini sebenar lebih kepada memenuhi undangan majlis perkahwinan. Tapi alang-alang dah sampai utara, majlis pula di Baling, kami pun ambil keputusan untuk bercuti. 

Perjalanan dari Sungai Petani ke Baling ambil masa lebih kurang 1 jam. Kami ambil Bayu Hotel untuk stay selama 3 hari 2 malam. Nak cari hotel kat area Baling memang mencabar. Tak banyak pilihan. Jadi kami ambil jelah Hotel Bayu nie. 

Hotel Bayu Wisma Dato Ramli 

Lobi luar

Lobi dan ruangan receptionist

Pemandangan Gunung Baling


Hotel Baling nie memang simple sangat. Macam hotel untuk backpackers. Ada kisah kelakar jugak mula-mula dapat bilik kat sini. Sebelum itu kami nak bagitahu hotel kat sini takde lift. Jadinya terpaksa mengangkut beg-beg guna tangga. 

Itu tak jadi masalah. Dapat je bilik rasa seram sikit. Bilik memang banyak tapi tak ramai yang menginap. Bilik mula-mula kami dapat standard room dengan katil saiz queen. Bilik okay cuma tangan gatal nak buka tingkap sebab view gunung Baling cantik. 

Sekali tingkap tercabut da.. mujur sempat pegang tingkap tu, kalau tak berderai la tingkap tu jatuh ke bawah.


Lepas tu kami minta tukar bilik. Risau keselamatan anak-anak. Lega bila dah tukar bilik lain. Dalam memang simple. Televisyen pun style lama. Kami tak kisah sangat sebab kami bukan nak duduk dalam bilik pun. Cuma nak ada tempat tidur je. Baloi la dengan harga RM 299.94 untuk 3 hari.



Malam itu kami cari kedai tomyam. Kebetulan jumpa member campers yang menginap kat sini. Jadinya kami makan sama-sama. Alhamdulillah rezeki malam itu makan kami dibelanja. 

Nak sambung bab seram tadi. Hari Jumaat kami sampai memang boleh dikatakan hotel agak sunyi. Tapi hari kedua kami stay kat sini, ramai yang check in pada hari Sabtu tu. Kiranya hotel nie tak la terpencil sangat pun, ramai yang stay sebabkan kenduri kahwin. 

Korang pun kalau nak ke Baling, Fiza suggest untuk menginap di sini. Memang pilihan hotel kat Baling tak banyak, tapi Bayu Hotel memang okay. Hotel cantik view mengadap Gunung Baling. 

Nak booking, boleh klik link nie --> Bayu Hotel, Baling 

Post a Comment

2 Comments

  1. Betul la tu Baling kan.. kalau tak ada sebab mmg tak smpai la ke sana huhuu.. okla dri seram menjadi riuh sebab ramai yg check in :D

    ReplyDelete
  2. Adoii..part paling kelakar tingkap jatuh..xjadi nak seram..haha

    ReplyDelete