Find us on Facebook

Susu Tepung Rumusan Kanak-kanak Fernleaf MultiGrain+ BAHARU menggabungkan kebaikan susu dengan tiga jenis bijirin untuk kanak-kanak

Menyokong Keperluan Nutrisi Kanak-kanak,
Memastikan Anak Anda Berasa Kenyang


Ramai ibu sering berdepan dengan cabaran anak-anak berasa cepat lapar atau sebelum waktu makan yang dijadualkan, sambil memastikan mereka mendapat khasiat yang mencukupi untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka, terutamanya dalam aktiviti harian mereka yang aktif. Menyedari akan kebimbangan ini, Fernleaf memperkenalkan inovasi terbaharunya: Fernleaf MultiGrain+ untuk kanak-kanak agar mereka berasa kenyang, di samping menyokong mereka membesar dengan tinggi dan kuat.


Susu adalah sumber khasiat penting yang amat diperlukan dalam menyokong tumbesaran dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Malah, bijirin adalah sumber utama karbohidrat, yang memberi tenaga kepada badan dan mengenyangkan. Dengan Fernleaf MultiGrain+, kombinasi unik ini menggabungkan kebaikan susu dengan 3 jenis bijirin - gandum, beras dan jagung. –Minum susu dengan bijirin bukan sahaja membuat kanak-kanak merasa kenyang antara waktu makan tetapi juga menyediakan nutrisi penting yang amat diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan mereka. Ibu-ibu kini boleh memastikan anak-anak mereka mempunyai pemakanan seimbang yang menyokong keperluan tenaga dan pemakanan mereka.

Sejak 1893, Fernleaf menawarkan produk susu inovatif yang digemari oleh keluarga di seluruh dunia. Produk Fernleaf diperbuat dengan susu New Zealand dari lembu yang bebas menikmati rumput segar. Komitmen jenama bermula dengan piawaian pengeluaran tenusu tertinggi, di mana lembu merumput bebas di padang rumput hijau yang subur dalam persekitaran yang bersih dan segar. Ini membolehkan lembu menghasilkan susu berkualiti yang mencerminkan dedikasi Fernleaf untuk memberikan produk tenusu terbaik untuk pengguna-pengguna.

Tiga jenis bijirin dalam Fernleaf MultiGrain+ adalah kombinasi gandum, beras dan jagung yang sangat halus, bagi memudahkan pengambilannya oleh anak-anak kecil supaya mereka dapat menikmati rutin minum susu harian mereka seperti biasa. Mengambil susu dengan bijirin membantu memastikan kanak-kanak berasa kenyang dan puas di antara waktu makan, di samping memberikan mereka tenaga yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti harian mereka.

Fernleaf MultiGrain+ 1-3 Tahun

Fernleaf MultiGrain+ 4-6 Tahun

Untuk memastikan kanak-kanak membesar dengan tinggi dan kuat, Fernleaf MultiGrain+ juga mengandungi nutrien penting untuk menyokong tumbesaran mereka, seperti 5X DHA*, kalsium, protein, serta 18 vitamin dan mineral.

Lim Siew Poh, Pengarah Pemasaran, di Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd, menjelaskan betapa pentingnya memperkenalkan susu tepung inovatif ini kepada ibu: “Kajian kami menunjukkan bahawa ramai ibu menghadapi kesukaran untuk memastikan anak-anak mereka yang aktif berasa puas dan kenyang, terutamanya di antara waktu makan. Oleh itu, berdasarkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi dan R&D, kami ingin memperkenalkan konsep campuran susu dan bijirin dalam susu tepung rumusan kami untuk kanak-kanak.”




“Dengan cara ini, kanak-kanak akan terus menikmati khasiat susu Fernleaf yang dikenali, dan pada masa sama, berasa kenyang dengan adanya campuran bijirin. Kami juga memastikan bijirin yang digunakan adalah halus supaya kanak-kanak dapat terus menikmati kebiasaan rutin susu harian mereka. Secara ringkasnya, Fernleaf MultiGrain+ baharu menawarkan pilihan yang mudah dan berkhasiat yang boleh dipercayai oleh para ibu untuk membantu memastikan anak-anak mereka berasa kenyang sambil menyokong mereka untuk membesar tinggi dan kuat. Ia boleh dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari, sama ada untuk sarapan pagi, sebagai snek tengah hari, di antara waktu makan atau selepas makan malam!” sambung Siew Poh.

Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak Fernleaf MultiGrain+ (RM25.90, pek 800g) kini boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara, serta dalam talian melalui Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Fernleaf Malaysia: https://www.facebook.com/fernleafmalaysia


Post a Comment

1 Comments