Find us on Facebook

Tempat menarik di Betong Thailand yang korang boleh cover dalam 1 hari je

Assalamualaikum. Hari kedua di Betong. Untuk pengetahuan pembaca, kami tak menginap di Betong, kami menginap kat hotel di Baling Kedah. Tak jauh pun. Kalau nak tahu kisah hotel, macam mana nak ke Betong ikut Pengkalan Hulu Perak, boleh cari entry sebelum nie.


Tempat menarik di Betong yang korang boleh cover dalam 1 hari je | Macam tak percaya kan, dalam masa tak sampai sehari pun sebenarnya, kami dapat cover 8 tempat menarik di Betong, Thailand. 

Tahun 2023 kami sekali lagi dapat masuk Selatan Thailand. Cume waktu tak kena sebab time nie musim hujan. Tapi kami redah jugak, semua gambar kami dalam hujan. Alang-alang dah sampai kan. Tengok setakat mana boleh pergi. Memandangkan semalam kami dah masuk dengan kereta, hari ini kami decide untuk ambil pemandu pelancong. Kat sana dorang panggil tut-tut atau taxi. 

Dekat pintu masuk sempadan korang boleh booking dorang nie. Kami booking awal sehari sebab nak dorang ambil kami pukul 6 pagi.

Kami naik tut tut yang nie

Pemandu pelancong paling best

Dorang nie memang sporting, kami bagitahu je kat uncle (gambar kat atas) nak dia bawa ke tempat menarik yang pelancong suka pergi. Dia bawa korang. Sampaikan kami dapat pergi 8 tempat. Senang betul. Tak perlu nak buka gps, nak wave. Dia akan bawa, cakap je nak pergi mana.

Mula-mula perjalanan kami di bawa untuk sarapan pagi dulu. Matahari pun tak naik lagi. Cuaca pun sejuk sangat. Hujan renyai-renyai. Mengantuk pun ada yelah pukul 5 pagi kami dah gerak ke Pengkalan hulu, tunggu pagar sempadan buka. 

Gerai tepi jalan macam kat Malaysia juga

Nak baca harga tapi tak berapa faham

Sarapan simple nasi kerabu belah alek siam

Lepas sarapan dalam pukul 7 pagi kami gerak ke destinasi pertama, hajat nak tengok awan nano di Skywalk Ayerweng. 


Talay Mok Aiyoeweng (Skywalk Ayerweng)

Perjalanan nak ke sana agak jauh yer. Makan masa lebih kurang sejam lebih. Jalan pulak berliku-liku. Sama macam nak ke Cameron Highland, pendakian yang agak mencabar sebab hujan. 

Kami ambil feel duduk belakang

Tahap kebosanan ingatkan dekat rupanya jauh

Tukar tut-tut untuk ke Skywalk Ayerweng

Sampai dah

Jambatan kaca untuk melihat awan nano

Memang bukan rezeki kami nak tengok awan nano kat sini. Datang memang dah awal tapi hujan lebat. Jambatan kaca tu pun dorang tutup untuk keselamatan. Boleh masuk tapi tengok dari dalam bangunan je. Makanya kami pun ambil keputusan untuk tak masuk. Bayaran sama je kan. Cukuplah jejakkan kaki kat sini. Dah la sejuk, mujur la anak-anak Fiza dah siapkan dengan sweater, kalau tak memang gigil la ditambah dengan hujan renyai-renyai. 





Nak cari cenderamata pun ada kat sini. Paling menarik sambal ketam. Harga sebotol RM 15, agak mahal jugal. Beli la 2 botol nak rasa. Pastu kami beli fridge magnet dan tshirt sebagai kenangan. 



Beres semua kami gerak turun untuk ke destinasi seterusnya iaitu Piyamit Tunnels. Banyak kisah terowong nie yer.

Piyamit Tunnels (Museum in Tano Maero, Thailand)

Kami tiba sini dalam pukul 9.30 pagi. Hujan masih renyai-renyai tapi tak de masalah nak ke sini. Piyamit Tunnels terletak di Ban Piyamit 1, mukim Tanoh Maero. Ia adalah terowong yang berliku ke pergunungan sejauh 1 kilometer dan lebarnya 15.2-18.2 meter. Terdapat banyak pintu masuk dan keluar. Ia pernah menjadi kubu kuat Parti Komunis Malaya (PKM). 


Terowong ini digunakan sebagai tempat perlindungan serangan udara dan untuk menyimpan bekalan. Di luar Terowong, terdapat pameran gambar-gambar sejarah, termasuk cara hidup di dalam hutan.




Kalau masuk akan ambil masa dalam 2 jam untuk keluar. Satu kawasan di luar terowong, yang dahulunya digunakan sebagai tempat latihan untuk pemberontak, kini telah dijadikan pusat pameran di mana maklumat tentang kehidupan di dalam terowong tersedia. Kat sini pun kami just singgah juga, cukuplah sekadar jejakkan kaki. 


Winter Flower Garden

Mengharapkan hujan reda, namun tidak. Sampai di Winter Flower Garden pukul 10 pagi. Hajat nak bergambar dengan bunga pun tak kesampaian. Mujur ada kenderaan seperti bas pelancong yang boleh bawa pelancong pusing satu tempat nie. Kami pun naik la, bayar lebih kurang RM5 seorang. 








Habis pusing, terus ke destinasi seterusnya. Orang Malaysia memang suka singgah, kolam air panas Betong. 


Betong Hot Spring

Banyak bas pelancong kat sini. Ternyata memang orang Malaysia kat Betong Hot Spring. Ia adalah air panas semula jadi yang muncul dari permukaan tanah terletak di  Muban Charo Paro, mukim Ta No Mae Ro yang dikelilingi oleh pergunungan.  

Siapa boleh baca nie, tolong translate jap


Terdapat tempat mandi dan mandi kaki dengan membawa air mata air panas dari perigi asal dan mencampurkannya dengan air suhu biasa sehingga ada tahap haba yang boleh direndam badan. Dipercayai mandi di air panas itu boleh menghilangkan sakit dan merawat penyakit kulit.

Selain tempat mandi dan mandi kaki, terdapat juga perigi untuk merebus telur dalam masa 7 minit. Terdapat kedai di kawasan mata air panas, tandas, dan penginapan. Mandian kaki dibuka 24 jam sehari setiap hari.


Semua tempat kami singgah je, kat sini kami cari toilet. Sejuk-sejuk nie memang rasa nak terkucil. Mujur toilet ada bidet dan bersih. Jadinya tak risau, toilet dorang guna air.


Kolam air panas yang sangat besar. Korang yang datang ke Betong datanglah sini rendam-rendam kaki, tapi pastikan kat tempat yang dibenarkan, kang masak kaki tu susah pulak.


OK Betong

Sampai Betong wajiblah bergambar di OK Betong Sign. Ia bermaksud 0 km. Ramai pelancong singgah di sini untuk ambil gambar tanda hadir kat sini.  





7Eleven Betong

Seterusnya kami dah nak gerak balik sebab kami nak ke Kelantan. Seboleh-bolehnya tak nak jalan malam kat laluan Gerik - Jeli. Kami minta uncle bawa tut-tut untuk cari 7 Eleven yang besar. Sebab sini memang banyak 7E tapi kami nak yang besar, tak jauh dari OK Betong ada satu 7E. 


Memang besar dah macam masuk mall. Kat sini kami borong sakan beli jajan, air minuman untuk kami bawa balik. 




Jajan yang tak de kat Malaysia kita beli. Air meiji berbotol-botol kami beli. Tapi air meiji nie dah banyak kat Malaysia, tak pelik sangat. 


Betong Chicken Statues

Seterusnya kami singgah di Betong Chicken Statues. Apa la maksud patung ayam nie yer. Nak bergambar kat sini sampai kena tunggu turn. Ramai betul pelancong Malaysia, dengan bas nya, dengan kenderaan sendiri. 

Dikatakan ramai rakyat Malaysia akan mengunjungi Betong untuk membeli-belah, cuaca yang sejuk dan mencari ayam. Ayam Betong begitu popular dan bandar lain di Selatan Thailand ingin mencontohi kejayaan mereka.


Ayam Betong ialah ayam kampung atau kami panggil ‘ayam kampung’ di Malaysia. Berbeza dengan ayam konvensional yang dibiakkan di ladang ayam, ayam kampung hidup di ruang yang lebih besar supaya mereka bebas merayau. Oleh itu, saiz ayam lebih kecil kerana ia tidak segemuk seperti ayam baka ladang.

Kebanyakan restoran Thai-Cina menawarkan Ayam Betong dan hidangan popular ialah ayam wap gaya Hainan. Hidangan ini diambil di Restoran Ta Yern di Pekan Betong.


Betong Mongkollit Tunnel

Berhadapan patung ayam nie pula ada Betong Mongkollit Tunnel. Ia adalah terowong jalan raya pertama dan terbesar di Thailand.Ia adalah terowong melengkung, sepanjang 268 meter, menghubungkan pusat bandar dengan bahagian baru bandar ke Tenggara. Terowong itu dibuka pada 1 Januari 2001.


Pukul 2 petang kami cover 8 tempat menarik di Betong, Thailand. Dua hari masuk Betong, hari pertama dengan kereta sendiri, hari kedua sewa teksi tut-tut. Bila dah sewa tutu tut, rasa Betong tu kami yang punye, nak pergi mana pun driver bawakkan.. kan senang gini.

Skywalk Ayerweng
Piyamit Tunnels
Winter Flower Garden
Betong Hot Spring
Betong Mongkollit Tunnel
OK Betong
Betong Chicken Statues
7Eleven 

Cenderahati pun dapat beli, masa kat Skywalk Ayerweng. Kalau tak beli waktu itu, tak tahu nak cari kat mana lagi. Mujur ada nak buat kenangan tanda sampai di Betong. 



Memang puas hati dapat jalan-jalan negara orang. Tak kisahlah ada yang kritik Betong nie bukan pergi oversea tapi overland, yang penting kami dah sampai. Tak guna duit orang yang kritik tu pun yer. 

Bagi yang nak jalan-jalan ke Betong, harap dengan baca blog Fiza nie dapatlah sedikit info. Yang penting kita enjoy.

#staycation #staycationthailand #thailand #betongthailand #staycationbetong #travelblogger 
 

Post a Comment

1 Comments

  1. Menarik juga ni. Nanti ada rezeki boleh pi Betong pulak.

    ReplyDelete