Find us on Facebook

Family Camping Journey | Tokba Campsite kami datang lagi!! Nak tahu kenapa kami datang untuk kali ke-3?

Assalamualaikum. Camping untuk permulaan tahun baru 2024 kami ke Tokba Campsite sekali lagi. Ini kali ketiga kami repeat tempat yang sama dan kali nie kali pergi camping secara solo family. Kalau sebelum nie group kami ramai, paling ramai 12 famili tapi disebabkan ramai yang tak dapat nak join tambahan pula nak booking pun tak cukup tapak, kami ambil keputusan untuk pergi solo family.
 

Family Camping Journey | Tokba Campsite kami datang lagi!! Nak tahu kenapa kami datang untuk kali ke-3? | Memandangkan kami dah pernah datang, jadinya kami memang yakin sangat dengan campsite nie. Best juga datang bereempat sahaja cuma anak-anak la kita risau takde kawan. Tapi Thaqif dan Huwainaa nie biasa je berdua, memang takde hal, boleh cari member campers baru. Kami pergi sekejap je 2 hari 1 malam, tapi kereta still penuh barang.



Niat memang nak setup minimalis. Tak buka flysheet. Just menumpang bawah awning tent. Harapnya hujan tak lebat sebab kalau tak pakai flysheet nie salah satu keburukan dia tempias hujan akan masuk khemah.  





Sungai kat Tokba Campsite memang mesra kanak-kanak. Setakat nie hujan lebat macam mana pun kepala air tiada. Air pun maintain cetek je. Jadinya nak lepaskan anak-anak memang tak risau. Dorang boleh siap main water tubing lagi. 








Bila takde kawan nie anak-anak memang senang kita nak handle. Suruh lepak tent, dorang akan lepak. Bila menjelang waktu maghrib, anak-anak Fiza akan panggil, duduk dalam khemah, jangan sesiapa lagi merayap kat luar. Tengok dorang healing sambil minum air panas, jap lagi dah nak malam, anak-anak tak sabar nak tengok movie dalam tent.






Malam pun menjelma. Macam biasa menu kami steamboat. Paling senang nak sediakan. Makan sambil sembang-sembang dengan anak-anak, memang best. Time nie semua campers sibuk memasak. Macam-macam bau masakan ada. Paling happening kalau ada yang buat bbq.





Sambil-sambil makan kita skodeng jiran sebelah kiri dan kanan. Ramai yer. Kami bertegur gitu-gitu jelah. Tapi bila camping nie tak kenal pun boleh jadi mesra bila bersembang. Nanti bila post kat FB FCM, adalah yang akan tegur, jumpa kat campsite tempoh hari. Macam tulah dunia camping sekarang. 



Breakfast bagi simple, teh panas dengan telur separuh masak. Malas nak masak berat-berat memandangkan kami dah nak siap-siap kemas balik. Camping 2 hari 1 malam nie memang tak puas. Tapi nak buat macam mana itu je masa yang kami ada. 



Alhamdulillah, camping permulaan tahun baru 2024 berjalan lancar. Jadual pun mula sibuk. Time nie tak decide lagi campsite seterusnya sebab cuti sekolah bulan Februari, Thaqif akan bersunat. Makanya perlu duduk di rumahlah jawabnya. Bulan Mac pula puasa. Terpaksa stop dalam masa agak lama. Lepas raya baru dapat time. Nak tahu ke mana? Stay tuned... 

Wassalam. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Wah..Bestnya..Teringin. Tapi bile fikir nk kena hangkut bnykkkkk brng & memasing x berani tido dlm khemah..Terus sendu harapan tu =D

    ReplyDelete
  2. dah lama x berkamping.. zaman remaja dlu2 jer.. lepas kawin n ade ank2 terus x bercamping.. baem dah besar rsnye dah boleh mulai balik xtvt begini.. tp tu lah, xtahulah encik suami minat ke x ape yg si ibu minat...

    ReplyDelete