Find us on Facebook

Happy Birthday ke-6 Huwainaa Khayra kali nie tema FROZEN!!!

Assalamualaikum. Tak habis lagi kita throwback nie untuk story tahun 2023. Banyak betul nak share untuk kenangan diri sendiri dan anak-anak pun boleh baca bila dorang dah besar nanti. 


Happy Birthday Huwainaa Khayra kali nie tema FROZEN!!!  |  Baby girl kita dah besar awak. Dia dah masuk umur 6 tahun dah. Baby hujung tahun lahir 23 Disember. Setiap tahun memang ada je sambutan birthday untuk dia. Kali nie Huwainaa yang minta nak tema frozen. Sebelum nie mama yang tentukan, kali nie dia minta sendiri tanya dia dah besar!!! 


Paling best dan meriah kali nie sambut kat rumah Tok Ma. Jadi ramailah kami boleh jemput. Sepupu- sepupu, anak jiran semua kami panggil. Tempahan kek pun Fiza buat dengan orang Kota Bharu sebulan awal. Cuma yang merisaukan Fiza waktu nie adalah banjir. Hujung tahun kan Kelantan selalu banjir. Jadi kami buat back up 2 kek. Satu kek beli kat kedai terus, satu lagi tempah.

Tempahan kek bertema Frozen

Kek princess back up

Cupcake frozen tempah dengan orang yang sama

Goodies bag dan jajan

Ma sediakan laksam untuk tetamu

Majlis berlangsung selepas zohor. Ramai yang datang untuk memeriahkan sambutan hari lahir Huwainaa. Huwainaa pun seronok dengan pakaian Frozen II.










Selepas potong kek, makan-makan kami sediakan permainan simple untuk anak-anak yang datang. Kami beli permainan tikam. Boleh bayangkan betapa kecoh budak-budak semak nombor dorang untuk dapatkan hadiah. 

Lepas tu ada persembahan taekwondo dan silat dari abang Thaqif dan sepupu dorang. 

Permainan tikam

Persembahan taekwondo dan silat

Terima kasih kakak bagi hadiah

Banyak hadiah Huwainaa dapat

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya. Terima kasih sangat pada yang hadir memeriahkan majlis nie. Walaupun kecil-kecil tapi semua happy. Lagi happy Huwainaa lah. Rezeki Huwainaa untuk ada kek birthday yang cantik sangat. Kita memang puas hati dengan kek Frozen tu. 

Dah macam-macam tema buat, tahun 2024 nie nak tema ape pulak yer. Biar Huwainaa tentukan sendiri, mama in syaa allah akan tolong jayakan.

Wassalam.


Post a Comment

0 Comments