Find us on Facebook

Menu dinner paling best kalau nak makan kat Restoran Mohd Chan Sg. Buloh

Assalamualaikum. Saja nak update blog pagi Jumaat nie kita scroll-scroll gambar kat handphone, jumpa gambar makan-makan kami sekeluarga. Kalau kena mood malas masak, kebetulan hari gaji, kami suka makan kat Mohd Chan. Kalau tanya anak-anak, nak makan mana malam nie, dorang akan request Mohd Chan.


Menu dinner paling best kalau nak makan kat Restoran Mohd Chan Sg. Buloh  | Tapi... ada tapinya jugak yer, kena tengok poket. Lagi satu kalau nak makan kat sini pastikan perut tu betul-betul laparlah. Bukan apa, portion makanan di Restoran Mohd Chan memang besar. Kalau korang jenis makan banyak, memang best la makan kat sini. 


Pendek kata sebulan sekali kami akan datang makan sini pekena sup ketam. Nyaman sampai ke tekak tu. Lagi satu Siakap Stim Limau dia, memang betul-betul sedap, tak boleh lawan siakap kedai tomyam biasa. 

Menu lain yang kami akan order antaranya lala kam heong, brokoli masak cendawan, buttermilk prawn.. ada banyak lagilah korang, tulis pun dah rasa terliur. 



Lagi satu pau dan dimsum dia pun sedap. Boleh beli yang frozen juga kalau rasa nak sediakan kat rumah untuk minum petang. 

Paling best suasana berhawa dingin, selesa dan order pun sampai cepat. Tak perlu tunggu lama pun walaupun customer dorang tengah pack. 



Tak memasal lapar pagi-pagi nie, macam nak kena pergi Restoran Mohd Chan la gini. Cawangan paling dekat dengan kami ada di Sg. Buloh, memang tak jauh dari rumah, itu yang memanjang nak ke sini. Itu je nak cerita, boleh dah clear pic dalam phone.. hehe

Wassalam. 

 

Post a Comment

1 Comments