Find us on Facebook

Pengalaman anak Sunat Stapler, banyak kelebihan guna kaedah Sunat Stapler yang ramai tak tahu

Assalamualaikum. Perkara yang merunsing kepala Fiza nie bila ada anak lelaki adalah sunat. Tambah-tambah pula bila ada yang bagi pendapat anak nie kena sunat masa baby, senang jaga. Ada pulak bagitahu, kenapa tak tunggu besar, kesian anak kecik lagi. Haisshhh kalau dah darjah 2 kecik lagi ke? 


Pengalaman anak Sunat Stapler, banyak kelebihan guna kaedah Sunat Stapler yang ramai tak tahu | Memang serabut, mentaliti orang lama-lama nie nak sunat tunggu la darjah 5, darjah 6. Makcik, pakcik... itu orang dulu-dulu. Zaman sekarang nie kalau boleh kita nak settle apa yang wajib dulu. Masa pun cepat berlalu tahu-tahu lupa anak tak sunat lagi.. Adoi kan parah tu. 

Cakap, bincang dengan suami, dia setuju sunatkan Thaqif sebelum umur 9 tahun. Lagipun kawan-kawan sebaya dia hampir semua dah sunat dan jadi bahan ejekan pulak bila tak sunat lagi. Yang tu pun kita kena ambil kira yer, mental anak-anak. Nampak macam simple tapi buat budak-budak makin takut bila dimomok-momokkan dengan lawak sunat yang entah apa-apa. 


Memandangkan anak kami sorang je lelaki. Daddy dia nak bagi kaedah terbaik buat Thaqif. Lepas buat kaji kaedah sunat mana yang akan memudahkan kami untuk jaga Thaqif, suami decide untuk Thaqif ambil keadah sunat stapler. Biar mahal janji senang nak jaga. 


Cuti sekolah bulan Feb 2024, Thaqif selamat disunatkan dengan Kaedah Sunat Stapler. Dengar macam ngeri je kan. Kena stapler tu macam mana, macam stapler kertas ke? 

Sunat stapler adalah kaedah moden yang menggantikan stapler sebagai jahitan. Kebaikan dan kelebihan sunat stapler adalah kadar penyembuhan cepat dan hasil sunat yang cantik. Memang tanpa jahitan langsung, dan kadar sakit pun minima.

Alatan sunat stapler

Beginilah bentuk alat tu

Jenis-jenis kaedah sunat

Kos Sunat Stapler memang agak tinggi juga, lebih kurang RM999 tak termasuk ubat. Tapi memang sangat berbaloi. Nak jaga pun senang sangat terutamanya untuk parents bekerja. Tak perlu nak ulang alik ke klinik. Dalam 3 hari je dah boleh bergerak, nak pakai seluar no problem, tak perlu nak gantung kain pelikat macam zaman dulu. Tapi pantang makan tetap kami buat.

Lepas sunat pun steady

Good boy dah jadi anak teruna lepas sunat

Ubat tahan sakit dan bengkak, sekali sekala rasa berdenyut boleh makan

Senang jaga. 

Cukup sebulan semua stapler dah cabut. Memang cantik kejadiannye hasil sunat tu. Legalah bila Thaqif dah sunat. Satu kewajipan telah dilaksanakan sebagai ibu bapa. Lepas ini takde spe boleh tanya pasal sunat lagi kat Thaqif, Thaqif dah sunat!!! 

Alhamdulillah. 


 

Post a Comment

0 Comments