Assalamualaikum. Rajin sangat ke Ipoh nie kenapa yer? Ada tak yang bertanya macam tu. Yelah hujung tahun lepas dah ke Ipoh, siap staycation 4 hari 3 malam. Awal tahun 2024 pun ke Ipoh lagi. Sebenarnya kami di Ipoh disebabkan adik no.3 Fiza berkahwin dengan pasangannya di Ipoh. Nikah tahun lepas, sanding awal tahun 2024. Itu yang dua kali kami ke Ipoh.
Pengalaman menginap di Artwork Hotel Ipoh untuk 2 hari 1 malam | Majlis dorang simple je, buat kat Cafe Warisan Bonde dalam Hotel Artwork nie lah. Jadinya alang-alang dalam hotel nie, kami sekeluarga, mak, abah adik-adik semua duduk kat hotel nie.
Alang-alang tu nak review Artwork Hotel Ipoh nie. Kami stay untuk 2 hari 1 malam je. Kiranya semua persiapan kat hotel nie je. Harga bilik deluxe kami RM 240. Harga boleh tahan juga sebab kalau nak diikutkan dalam bilik nie fasiliti dia tiada iron dan juga peti sejuk. Rasanya macam agak mahal. Tapi okaylah tu, bilik selesa je.
Kalau nak iron baju, dorang ada sediakan ruangan iron dengan board dekat luar bilik hotel. Kalau ramai nak iron maka kenalah beratur.
Hotel nie nampak eksklusif dan mewah sebab warna hitam kot. Deco hotel pun cantik. Alang-alang tu nak share lah gambar kahwin adik kita nie. Dia jumpa jodoh dengan orang Ipoh. Fiza yang tak pernah jejak kaki ke Ipoh finally dapat datang Ipoh 2 kali dah.
Korang yang singgah Ipoh boleh la stay kat hotel nie. Lokasi strategik tengah bandar Ipoh. Nak jalan-jalan Ipoh senang stay sini. Fiza pun booking kat Agoda, nie direct link --> Artwork Hotel Ipoh
Wassalam.
1 Comments
ldy ingtkan kampung di ipoh
ReplyDelete