Find us on Facebook

Pengalaman menginap di DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort sempena Birthday Staycation

Assalamualaikum. Birthday Staycation pertama untuk tahun 2024 dimulakan dengan Abg Thaqif. Besday boy bulan Mac. Jadi kami pun plan untuk sambut birthday Thaqif di hotel jugak. Memandangkan lama dah tak ke Damai Laut, kali nie kita repeat lagilah.  


Pengalaman menginap di DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort sempena Birthday Staycation | Last kami menginap di sini pada tahun 2019. Waktu tu Thaqif baru berumur 4 tahun dan pertama kali kami ambil hotel yang ada waterpark theme park. Kenangan sangat bila tengok dia main, berdikari sorang-sorang bawah water bucket splash. Baru kami tahu betapa enjoynya dia waktu itu. 


Check in macam biasa pukul 3 petang, tapi bergantung pada bilik jugak, kalau kata dorang bagi masuk awal, untunglah. Kami dapat check in dalam pukul 2. Orang cakap kalau stay kat hotel DoubleTree akan dapat cookies gift. Eh, betullah, kami pun dapat 2 keping, panas-panas lagi. 




Macam biasa masuk je bilik kita ambil gambar dulu. Review sikit-sikit. Bilik kami cantik mengadap laut. Mula-mula kami ambil katil Queen tapi view garden. Pihak hotel bagi pilihan nak ngadap laut ada tapi bilik 2 x single bed. Okay jugak sebab single bed kalau hotel agak besar jugak. Jadi kami tukar. 


Kami request la jugak pihak hotel tuk buat deco birthday tapi dorang kata kena book awal. Jadinya dorang sediakan sikit belon. Ada la element surprise untuk birthday boy. 

Bilik memang luas dan selesa untuk kami 4 sefamili. Semuanya lengkap ada fridge, iron, iron board, water heater, 3 in 1 coffee dan toilet pun cantik. Jadi lepas dah masuk bilik, anak-anak paling tak sabar nak ke water theme park kat sini. 








Tibalah masa untuk mandi manda. Kat sini nak stay memang agak mahal sebabkan mini theme park nie lah. Tapi berbaloi kalau dapat gembirakan hati anak-anak nie. 












Lepas mandi, lapar, kami order makan. Ada QR Code, just scan dan order. Cuma order tu memang lamalah jugak kami menunggunya mungkin sebab terlalu ramai yang order jugak. Tengok menu dia semua sedap-sedap. Nampak blueberry cheese cake dalam gambar, memang menggoda sungguh. Kita pun nak try la. Sekali sampai memang betul sedap.




Lepas tu untuk anak-anak husband order pizza. Pizza dia memang lain dari yang lain, topping penuh, memang puas hati betul dapat bercuti sambil makan, enjoy view laut. Inilah ketenangan yang dicari.


Bila nak hampir senja, kami turun ke tepi pantai. Puas dah mandi pool tadi, bawa anak-anak tengok laut pulak. Sini ada laluan untuk pengunjung hotel turun ke pantai, cuma pantai dia tu memang tak elok untuk mandi. Ombak besar, setakat nak santai-santai tepi pantai okay lah. 





Memandangkan nak keluar cari makan kat area Damai Laut nie memang jauh, husband booking dinner kat hotel je. Selalu kalau kami stay hotel, kami akan order hantar bilik, tapi sebabkan birthday Thaqif, kami ambil buffet untuk 4 orang makan. Seronoklah dapat makan buffet, boleh makan apa je sampai kenyang. 












Thaqif dan Huwainaa pun makan sungguh-sungguh. Ada kambing bakar, seafood, satay, western dan macam-macam lagilah. Semuanya sedap-sedap. Memang berbaloilah dengan harga. Kalau dah bayar buffet kenalah pandai isi perut dengan kuantiti yang kecil. Macam Fiza akan elakkan makan nasi, kalau dah makan nasi, makanan lain nanti kita tak mampu nak makan dah sebab kenyang. 

Kek pemberian pihak Hilton Damai Laut Resort 

Balik bilik pihak hotel surprisekan Thaqif dengan sepotong kek birthday. Dapat la rasa sorang sikit, lagipun kami dah kenyang makan buffet tadi. Kisah birthday nanti kita up story lain -->  Happy 9th Birthday Thaqif Khalaf !!

Malam tu memang kami tidur kekenyangan. Anak-anak pun penat dengan main main petang tadi, letak kepala lena terus.

Pagi tu kami breakfast kat hotel juga sebab yang nie dah include dalam caj bilik. Jadinya makan lagi lah jawabnya kan. 








Wahhh birthday staycation untuk Abg Thaqif kali ini memang menggemokkan mama dan dedi dia. Seronok betul dapat stay kat DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort. Makanan kat sini memang excellent, semua sedap-sedap, memang puas hatilah. Sebab itu kami repeat untuk datang ke sini untuk kali kedua. Hotel dengan water theme park, sinilah korang kena datang. 

Jadi korang yang nak datang sini, memang Fiza recommend sangat-sangat. Boleh book kat Agoda. Nie direct link untuk mudahkan korang --> DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort, Lumut
 

Post a Comment

1 Comments