Find us on Facebook

Pengalaman menginap di Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands hotel yang dekat dengan Awana Skyway Genting

Assalamualaikum. Macam nie lah kami, bukan reti duduk rumah pun. Ada je aktiviti nak buat. Baru lepas kenduri kahwin adik kat Ipoh, kami terus shot ke Genting Highland sebab ada kerja sikit kat atas sana. Tapi itu esok. So, hari yang sama lepas check out Artwork Hotel Ipoh, selesai majlis kami pun bertolak dari Ipoh pukul 4 petang. Dijangka akan sampai hotel pukul 7 malam.


Pengalaman menginap di Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands hotel yang dekat dengan Awana Skyway Genting | Rasa macam buat kerja gila kan. Dah la time tu jalan Batang Kali tu masih tutup sebab tanah runtuh. Terpaksa ikut jalan jauh. Kalau tak dah jimat 30 minit mcm tu. Macam biasa kita kena support driver encik suami. Tahu dia memang penat nak drive tu. Tapi demi bini dia dan anak-anak dia gagahkan jugak. 


Masa dah nak naik bukit genting tu dah mula berkabus. Waktu tu dah petang sangat. Alhamdulillah kami siap check in semua pukul 7 petang. Time nie dah rasa sejuk. Baru kat bawah belum naik Genting Highland lagi. Parking senang, urusan check in pun dipermudahkan. Jadi tanpa berlengah kami terus masuk bilik nak rehat sebentar.




Bilik kami ambil Deluxe Twin Room, means ada 2 katil single.  Katil single dia pun luas, harga bilik nie RM 285 termasuk tax. Fuh tak murah nak stay hotel sekarang. Sebab tu ramai yang suka camping je sekarang nie. 

Bilik luas sangat. Segala kemudahan lengkap, ada seterika, coffee maker, peti sejuk. Korang boleh tengok gambar, semua Fiza snap nak bagi korang tengok. Kot la ada yang nak pergi Genting Highland, boleh stay Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands  dulu sebelum panjat bukit Genting tu.














Bilik kami tingkat 30. Bukak tingkap terasa sejuk siap nampak awan kabus. Pagi-pagi lagi la, duduk dalam awan korang. Gambar tak de, tak sempat nak snap, korang kena datang stay la sini kalau nak rasa duduk dalam awan.





Lepas solat maghrib kami keluar nak tengok swimming pool. Malam dah time nie jadi gambar pool pun waktu malam. Tak dapatlah nak mandi, dah malam, lagipun sejuk kot. Itu pun ada lagi yang mandi waktu-waktu gini. Bersungguh betul dorang bila duduk hotel ada pool nie. 


Pool dia kat atas sekali. Boleh tengok Genting Highland yang meriah dengan cahaya waktu malam. Cantik pemandangan waktu malam kat sini. Esok kami akan naik Genting Highland. 




Lepas tu kami turun untuk makan malam. Belakang hotel ada banyak kedai makan. Jadi memang tak susah pun nak cari makan kat sini. Kedai makan melayu semua. Harga pun standard je. Nak kata mahal pun tak juga, padan la sebab duduk kat atas bukit kan. Terima jelah, janji tak lapar.






Lepas kenyang, kami pun balik ke bilik untuk berehat. Tidur kena cukup sebab esok nak jalan-jalan lagi. Pagi tu sebelum nak Genting Highland kami breakfast kat hotel dulu. Penginapan kami sekali dengan sarapan pagi. Jadinya agak berbaloi jugak lah dengan harga kan. 


Makanan pun ada macam-macam. Pilihan Fiza biasalah nasi lemak. Suka betul makan nasi lemak sebab nak rasa sambal dia. Ternyata sedap nasi lemak kat sini. 
 






Lepas isi perut, budak-budak nie ajak pergi taman permainan pula, sebelah cafe tu je. Kita pun temankanlah. Tapi sekejap je sebab nak naik Genting Highland kalau boleh pagi-pagi. Tak nak bersesak dan beratur panjang. 





Kami terus check out dan masukkan segala beg ke dalam kereta. Terus ke Awana Skyway, 5km je dari Swiss-Garden Hotel. Pukul 10 kami naik kereta kabel untuk ke Genting Highland. Okay cukup setakat nie dulu, nanti Fiza sambung pengalaman kali pertama anak-anak naik kereta kabel Genting Highland nie. Sama ke dengan kereta kabel Pulau Langkawi? 

Nak stay sini, boleh booking --> Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands

Stay tuned. 

Post a Comment

0 Comments