Find us on Facebook

Pertama kali kami naik kerata kabel di Awana SkyWay, ada pengalaman 'seram' yang tak dapat kami dilupakan

Assalamualaikum. Hari kedua kami nak naik puncak Genting Highlands!! Selepas check out Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands hotel, kami terus ke Awana SkyCentral (bersebelahan Genting Highlands Premium Outlets) untuk parking kereta di situ. Korang jangan risau, tempat parking dia memang selamat. 


Pertama kali kami naik kerata kabel di Awana SkyWay, ada pengalaman 'seram' yang tak dapat kami dilupakan | Selepas dah dapat parking elok, dekat dengan lif, kami pun ikut arah petunjuk untuk ke Awana Station. Di situlah kita boleh naik kereta kabel untuk ke atas puncak. 

Kalau korang masih ingat, sebelum terbinanya Awana SkyWay, nama stesen lamanya Genting Skyway. Yang tu dari zaman Fiza kanak-kanak dah naik. Banyak kali dah ke Genting Highlands. Naik dengan kereta pun pernah dengan abah masa darjah 3, maklumlah orang Bentong, suka la ke atas tu.

Kaunter tiket fizikal

Kiosk tiket layan diri

Bila Awana SkyWay mula beroperasi pada tahun 2016, Fiza tak pernah lagi naik kereta kabel baru. Tahun 2024 nie baru nak merasa, sekali dengan anak-anak. Punyalah lama tak naik Genting Highlands. Bagusnya sistem tiket dorang memang laju. Masa Fiza sampai tu memang dah ramai orang tapi sebab ada kiosk, ada kaunter jadinya masa untuk beli tiket tak lama.


Gondola kereta kabel juga banyak dan besar. Kalau dulu kereta kabel genting memang kecil, kali nie boleh muat dalam 10 orang. Nak ke puncak pula hanya 10 minit sahaja. Kalau nak ikut tinggi, tinggi lagi kereta kabel kat Pulau Langkawi. Mujurlah kami bukan jenis gayat, kalau orang gayat memang tak tengoklah ke bawah tu. 








Cumanya, apa yang seram tu. Bila tanya anak-anak, nak naik lagi tak genting? Dorang jawab tak nak. Bukan sebab Genting tak best tapi masa kami naik, kereta kabel kami dilanda ribut. Masa naik tu memang steady cuaca elok, matahari memancar. 

Tiba-tiba di pertengahan perjalanan betul-betul selepas stesen pertama, angin mula tiup kencang, diseratai hujan renyai-renyai. Bila makin tinggi, angin dia tak main-main. Makin berayun gondola kami. Masa tu dalam hati nie duk mengucap panjang. Dia punya ayun tak boleh bawa bincang. Bayangkan kat atas bukit tu, ikutkan hati macam nak turun, tapi tak kan nak terjun. Sampaikan gondola tu macam nak ayun langgar tiang tengah.



Berdebar betul. Anak-anak Fiza muka cuak betui. Kami pun tak sangka pengalaman naik kereta kabel macam nie. Bukan anak-anak Fiza tak pernah naik, yang Langkawi punya memang steady, tapi yang Genting punya memang dasyat.





Bila sampai di puncak, memang tak sabar nak turun dari gondola. Syukur semua selamat. Sampai tu memang tak nak pikir dah. Kami nak enjoy je. Dah lama tak naik genting, banyak dah berubah. 










Masa nak turun cuaca dah okay. Gondola stabil sampai la ke stesen Awana SkyWay.

Bila tanya anak-anak Fiza nak naik Genting lagi tak? Dorang jawab tak nak.. haha.. punyalah seram naik Genting Highlands tu. Tapi apa yang kami buat kat atas tu, nanti Fiza share lagi. Best je naik Genting, banyak aktiviti yang korang boleh buat dengan anak-anak kat atas tu. 

Wassalam.

Post a Comment

1 Comments

  1. Rindunya Genting. Cie dulu pernah kerja kat KFC sana. 2006 rasanya. Biasanya cable car tu tak jalan kalau cuaca tak elok.

    ReplyDelete