Nonosugar Memperkenalkan Campuran Baharu Minyak Masak yang Sihat
Nonosugar Health Tech Sdn Bhd, pengeluar makanan sihat dan berkhasiat, dengan kolaborasi bersama Tan Sri Augustine Ong telah memperkenalkan Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90– sejenis minyak masak campuran Olein Sawit dan Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ yang disasarkan kepada mereka yang mengutamakan kesihatan.
Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 merupakan campuran unik 90 peratus Sawit Olein dan 10 peratus Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ untuk meningkatkan rasa dan aroma masakan anda. Varian Tan Sri Ong Red P90 menonjol dengan kemasukan Minyak Sawit Merah yang terkenal dengan sifat antioksidannya, menjadikannya pilihan yang menarik secara visual untuk peminat kulinari dan bagi mereka yang mengutamakan kesihatan.
Menurut Tan Sri Augustine Ong yang menghasilkan minyak masak ini berdasarkan 50 tahun penyelidikan saintifk yang mendalam mengenai Minyak Sawit, kedua-dua produk ini mempunyai banyak manfaat sebagai minyak masak. Dengan kandungan lemak yang rendah, minyak masak ini tidak menyebabkan keradangan disebabkan kandungan Omega 6 yang rendah, bebas lemak tepu, kandungan Tocotrienols yang tinggi dan tahan panas. Oleh itu, Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong P90 Red sesuai untuk pelbagai jenis juadah dan kaedah masakan, termasuk membuat salad. Tan Sri Ong Red P90 amat sesuai untuk menyediakan sos merah, termasuk kari, sos berasaskan tomato, tom yam dan banyak lagi.
“Sekian lama, ramai beranggapan bahawa lemak tepu penyebab peningkatan tahap kolestrol dan mengaitkan kandungan lemak tepu dalam Olein Sawit akan menyebabkan risiko tinggi terhadap penyakit jantung, namun ia sekadar salah faham,” kata Ong.
Tan Sri Ong Red P90
“Berdasarkan kajian, Olein Sawit mempunyai khasiat sama seperti Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’. Dengan kepekatan 40% Olein Sawit dan 15% Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’, ia mempunyai tahap kolesterol LDL dan HDL yang sama dalam ujikaji terhadap manusia,” tambahnya.
Olein Sawit mengandungi Vitamin E yang tinggi, lemak mono-tepu dan poli-tepu, tidak menyebabkan darah beku. Penambahan Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ menambah kebaikan di mana Minyak Zaitun merupakan sumber yang kaya dengan antioksidan dan lemak mono-tepu.
Tan Sri Ong P90
Jeff Kong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Nonosugar Health Tech, mengumumkan bahawa syarikat mereka begitu teruja meletakkan Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 dalam barisan produk berkhasiat mereka.
Campuran unik 90 peratus Sawit Olein dan 10 peratus
Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’
“Misi Nonosugar adalah untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat melalui produk berkhasiat yang dipasarkan dan melalui program kesihatan peribadi. Penambahan Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 kepada barisan produk amat dinanti-nantikan oleh kami dan para pelanggan,” kata Kong.
“Kolaborasi bersama Tan Sri Augustine Ong dalam penghasilan Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 ini amat bermanfaat dan bakal memberikan dorongan terhadap jutaan warga Malaysia untuk membuat keputusan yang lebih sihat dari segi masakan dan penyediaan makanan,” tambah beliau.
Nonosugar Health Tech Sdn Bhd
kolaborasi bersama Tan Sri Augustine Ong
Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 akan dipek di dalam botol kaca premium 500ml dan dipasarkan oleh Nonosugar Health Tech dan diedarkan oleh Hai Seng Huat Fisheries Sdn Bhd. Ia boleh didapati melalui www.nonosugar.com.my dan di pasar-pasar raya pada harga RM38.00 sebotol.
0 Comments