Assalamualaikum. Raya dah lama habis tapi macam biasalah kan, entry throwback dan banyak lagi story lama yang tak habis-habis. Tak tahu la bila nak habis nyer, kalau jadi full time blogger pun belum tentu dapat commit.
Photoshoot Raya 2024 | Kenangan bergambar di studio, no diva no drama anymore | Memandangkan anak-anak dah besar, makin senang dah nak bergambar. Setakat nak ber'photoshoot' raya memang dorang dah tak kisah. Kalau diimbas kisah dulu, nak bergambar dengan anak-anak, memang berpeluh habis.
Nak suruh pandang kamera payah, nak duduk diam pun payah. Si Thaqif tu lagilah, lasak betul. Huwainaa pula terlalu malu sampai nak pandang photographer pun susah. Lepas tu takut orang, last-last menangis. Itu cerita 3 - 4 tahun lepas. Sekarang nie tak macam tu.
Last kami bergambar raya di studio tahun 2020, waktu tu covid dah makin meningkat. Jadinya dah 3 tahun takde gambar, kita pun bookinglah studio biasa kami datang yang terletak di Rawang. Cuma lokasi dia dah pindah.
Tema warna baju raya tahun 2024 warna baby blue. Kami beli sedondon kat Gene Martino. Mula-mula tu rasa payah jugak nak terima warna nie sebab warna cerah, kami nie taklah kulit seputih mana pun. Sekali masa try fitting rasa berkenan pulak.
Photoshoot kat Izz Studio nie memang santai. Photographer banyak membantu. Kalau korang jenis kejung, tak pandai nak bergambar macam kami, dia akan bantu. Gambar yang dia ambil memang puas hati. Korang akan dapat semua gambar, pilih la nak upload yang mana nanti.
Wassalam.
0 Comments