HOMESOY Melancarkan “STOP THAT DOT” bagi Mempromosikan Pengesanan Awal, Menampilkan Kisah-Kisah Daripada ‘Survivor’ Kanser Payudara
Dari Kiri ke Kanan: Sandeep Joseph (Ketua Pegawai Eksekutif, Asterisk), Janice Kiew (Ketua Kreatif, Asterisk), Sharon & Percy(Bekas Pesakit Kanser Payudara), Wong Wee Kee (Pengurus Pemasaran, Ace Canning), Andy Toh (Pengurus Besar Jualan, AceCanning), Chang Wan Ping (Pengarah Pemasaran, Ace Canning), Soo Sew Yow (Ketua Unit Pemakanan Soya, Ace Canning), Ng Chu Jing (Eksekutif Kanan Jenama), Rani & Sheena (Bekas Pesakit Kanser Payudara), dan T. Vanitha Mani (Pengarah Perniagaan,Perhubungan Awam, Asterisk)
HOMESOY, jenama susu soya terkemuka di bawah naungan Ace Canning Corporation Sdn Bhd, kini merasmikan pelancaran kempen HOMESOY 3.0 “STOP THAT DOT” untuk menggalakkan pengesanan awal kanser payudara dan meningkatkan kesedaran mengenainya di kalangan wanita. Selain memperkenalkan kepelbagaian penggunaan kacang soya, kempen ini juga menekankan kepentingan pengesanan dan tindakan awal. Ini merupakan agenda utama HOMESOY dalam mengurangkan risiko kanser payudara, khususnya di kalangan wanita Malaysia.
Dari Kiri ke Kanan_ Chang Wan Ping (Pengarah Pemasaran, Ace Canning) dan Soo Sek Yow (Ketua Unit Pemakanan Soya, Ace Canning) melancarkan arca STOP THAT DOT yang melambangkan pelancaran kempen hari ini
Dari Kiri ke Kanan_ Sharon & Percey (Breast Cancer Survivors), Chang Wan Ping (Pengarah Pemasaran, Ace Canning), Soo Sek Yow (Ketua Unit Pemakanan Soya, Ace Canning), Rani & Sheena (Breast Cancer Survivors)
Antara detik simbolik ketika pelancaran kempen ini adalah pengenalan Pink Ball “STOP THAT DOT”, yang mewakili sel kanser. Jika tidak dikesan, ia boleh menular dan menjejaskan kesihatan. Walau bagaimanapun, jika dikesan awal walaupun ia hanya sebesar titik, nyawa boleh diselamatkan, dan peluang untuk pulih sepenuhnya meningkat dengan ketara. Kempen HOMESOY 3.0 menampilkan sebuah filem yang menyentuh hati, serta laman mikro yang akan menyampaikan maklumat penting kepada pengguna mengenai inisiatif ini. Melalui laman mikro berkenaan, sesiapa sahaja boleh menyokong kempen ini dengan hanya satu klik. Ini menunjukkan komitmen mereka dalam menggalakkan pengesanan awal dan pencegahan kanser payudara.
Ketika majlis pelancaran di Le Meridien Petaling Jaya, Chang Wan Ping, Pengarah Pemasaran Ace Canning Corporation Sdn Bhd, menekankan komitmen untuk menyokong wanita Malaysia dalam perjuangan melawan kanser payudara. “Di Ace Canning, kami berbangga dapat berdiri bersama para wanita dalam menghadapi perjuangan penting ini. Kanser payudara bukanlah perjuangan individu; ia memberi kesan kepada ahli keluarga dan masyarakat. Melalui kempen ‘STOP THAT DOT' dan inisiatif #ScanNowSpotEarly, kami ingin mengingatkan setiap wanita bahawa mereka tidak berjuang sendirian. Pengesanan awal merupakan senjata penting yang boleh menyelamatkan nyawa dan kami berharap inisiatif ini akan menggalakkan para wanita untuk mengambil langkah proaktif bagi melindungi kesihatan mereka.”
Wan Ping juga menekankan peranan HOMESOY 3.0 yang bukan sekadar susu soya yang berkhasiat, “Semua produk HOMESOY dirumus khas untuk memenuhi selera masyarakat Malaysia sambil berfungsi sebagai teman penting bagi menjaga kesihatan golongan wanita. Di samping itu, melalui kerjasama kami dengan Cancer Research Malaysia (CRMY), kami sedia untuk membetulkan salah faham dan maklumat palsu mengenai soya dan kanser payudara. Dengan memberi maklumat pemakanan yang lebih tepat, kami berharap dapat memperkasakan wanita untuk membuat keputusan yang lebih bijak dalam menyokong pencegahan kanser payudara. Kami bertekad untuk memberikan impak yang bermakna dan positif dalam perjuangan ini!”
Kisah Inspirasi Dari Para ‘Survivor’: Pengajaran Daripada Kehidupan Sebenar
Kempen ini menampilkan sebuah filem yang menyentuh hati, hasil kerjasama rakan agensi HOMESOY, Asterisk Advisory. Filem ‘STOP THAT DOT’ menjadi satu inisiatif yang penuh semangat dan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara. Ia menampilkan enam wanita tempatan dari pelbagai latar belakang yang telah berjaya memerangi kanser payudara. Mereka berkongsi perjalanan peribadi mereka dan menekankan kepentingan pengesanan awal yang dapat menyelamatkan nyawa.
Antara wanita-wanita ini ialah Tan Chieu Mei yang menekankan peranan penting saringan awal. Dalam salah satu babak yang menyentuh hati, beliau meraikan hari jadi bersama anak perempuannya, satu peringatan penting kepada semua untuk menghargai setiap detik kehidupan dan jangan berputus asa. "Bagi saya, kemenangan sebenar ialah dapat meraikan hari jadi dan melihat anak saya membesar," kata Chieu Mei. "Kanser payudara memang merupakan satu kejutan bagi saya, tetapi pengesanan awal telah memberi saya peluang untuk melawan. Saringan itu membolehkan saya bertindak dengan pantas, dan untuk itu, saya sangat bersyukur. Saya menggesa setiap wanita untuk mengutamakan kesihatan mereka dan menjalani saringan. Sertailah gerakan ‘STOP THAT DOT'—ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda."
Menurut Wan Ping, “Seperti wanita-wanita ini, kami ingin kongsikan kisah ketabahan mereka dan juga kepercayaan bahawa pengesanan awal melalui mamogram merupakan langkah terbaik. Setiap wanita yang pernah menghadapi kanser adalah seorang wira dengan cara tersendiri. Perjalanan mereka menjadi sumber inspirasi dan membawa harapan kepada semua untuk mengambil langkah proaktif terhadap kesihatan mereka.”
Peranan Soya Dalam Pemakanan
Melalui kerjasama dengan CRMY, Ace Canning meneruskan komitmennya terhadap pencegahan kanser payudara dengan menyumbangkan RM50,000 kepada CRMY untuk menyokong penyelidikan mereka dalam memerangi kanser payudara. “1 daripada setiap 20 wanita di Malaysia menghadapi risiko kanser payudara. Justeru, meningkatkan kesedaran sambil mempromosikan pencegahan dan pengesanan awal adalah penting,” kata Wan Ping.
Menurut kajian Malaysian Study on Cancer Survival, hanya dua daripada tiga wanita Malaysia yang didiagnosis dengan kanser payudara berjaya mencapai tahap kelangsungan hidup melebihi 5 tahun. Ini jauh lebih rendah berbanding negara Asia lain seperti Jepun, Korea, dan Singapura.
Walaupun faktor seperti umur, jantina, dan genetik tidak dapat diubah, wanita boleh membuat perubahan gaya hidup yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara seperti melahirkan anak sebelum usia 30, tempoh penyusuan yang lebih lama, mengelak daripada merokok, mengekalkan gaya hidup sihat, dan mengamalkan pemakanan seimbang.
Profesor Dr. Cheong Sok Ching, Ketua Pegawai Saintifik Cancer Research Malaysia (CRMY) menjelaskan semasa ceramahnya Bridging the Gaps in Breast Cancer Care, "Terdapat pelbagai kajian yang menilai kesan produk soya atau isoflavon soya terhadap risiko kanser payudara, dan sebahagian daripada kajian ini telah menunjukkan adanya kesan perlindungan.”
Soo Sek Yow, Ketua Unit Pemakanan Soya Ace Canning mengulas dengan lebih lanjut, “Soya mengandungi isoflavon iaitu sejenis fitoestrogen yang terkandung dalam tumbuhan. Isoflavon bersaing dengan estrogen semula jadi, dan ini berpotensi mengurangkan risiko kanser payudara. Kami berhasrat untuk menyokong penyelidikan bagi membuktikan hubungan antara pengambilan soya dan pengurangan risiko kanser payudara.”
Ketika bercakap mengenai Soya Nutrition and Breast Cancer: What the Evidence Shows, Soo berkongsi maklumat berasaskan bukti untuk menangani salah faham mengenai soya dan kanser payudara. “Kajian terkini, terutamanya dalam kalangan populasi Asia, telah menunjukkan adanya hubungan antara pengambilan soya yang tinggi dan risiko kanser payudara yang lebih rendah. Walaupun kita masih memerlukan kajian lanjut untuk memahami mekanismenya secara menyeluruh, penemuan ini menunjukkan bahawa pengambilan soya dalam diet yang sihat mungkin menawar manfaat dalam mengurangkan risiko kanser payudara,” jelas Soo.
“Di samping itu, kita perlu menentukan tempoh masa yang sesuai dalam kehidupan seorang wanita untuk mengambil soya dan menetapkan jumlah yang disyorkan untuk mencapai kesan perlindungan yang diingini. Di sinilah tugasan penting yang dijalankan oleh Cancer Research Malaysia,” tambah Prof. Cheong.
Soo turut menekankan, “Pentingnya, lebih tinggi protein soya, lebih banyak isoflavon soya yang terkandung di dalamnya. Susu Soya HOMESOY 3.0 dirumuskan dengan protein soya yang lebih tinggi dan diperkaya dengan serat diet, kalsium, dan vitamin A dan D, sambil menawarkan susu soya yang enak tanpa gula tambahan.”
Dari Kiri ke Kanan_ Soo Sek Yow (Ketua Unit Pemakanan Soya, Ace Canning), Chang Wan Ping (Pengarah Pemasaran, Ace Canning), Profesor Dr. Cheong Sok Ching (Ketua Pegawai Saintifik Penyelidikan Kanser Malaysia (CRM)
Saringan Dan Pengesanan Awal: Kerjasama dan Usaha Mempromosikan Kesedaran
Walaupun kehadiran titik kecil ini mungkin tidak disedari, ia tidak akan terlepas apabila anda kesannya dari awal melalui ujian mamogram. Untuk memaksimumkan jangkauan dan impak kempen ini, HOMESOY telah bekerjasama dengan lebih daripada 20 hospital swasta untuk menawarkan pek percuma susu Soya HOMESOY 3.0 bagi setiap pendaftaran saringan payudara sepanjang tempoh kempen ini.
Bermula 7 Oktober sehingga akhir bulan, HOMESOY 3.0 akan merancakkan kempen ‘STOP THAT DOT’ dengan sokongan daripada pelbagai rakan kongsi, runcit dan bukan runcit. Bersama dengan HOMESOY, mereka dapat menekankan kepentingan langkah penjagaan yang lebih proaktif dan mengajak lebih ramai ahli masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Sertai Sekarang!
HOMESOY 3.0 menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai pergerakan ‘STOP THAT DOT’. Sama ada dengan menggalakkan orang tersayang untuk menjalani saringan, berkongsi mesej dengan komuniti, atau memberikan sokongan melalui saluran dalam talian, setiap tindakan adalah penting dalam perjuangan melawan kanser payudara. "Pengesanan awal bukan sahaja penting, ia dapat menyelamatkan nyawa. Seperti yang ditunjukkan oleh kajian, pengambilan susu soya dalam diet anda mungkin dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara," kata Soo.
"Di HOMESOY, kami memberikan komitmen untuk memperkasakan golongan wanita agar mengambil keputusan yang bijak dan proaktif dalam mengawal kesihatan mereka demi masa depan yang lebih sihat. Kami berharap semua anggota masyarakat akan menyertai pergerakan ini, dan kongsikan mesejnya untuk menggalakkan pengesanan yang lebih awal”, tambah Wan Ping. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen "STOP THAT DOT" dari HOMESOY, sila layari https://stopthatdot.homesoy.my/. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HOMESOY, HOMESOY 3.0 dan Ace Canning Corporation, sila layari http://www.homesoy.my.
0 Comments