Assalamualaikum. Lamanya tak update pasal kisah kami berjalan-jalan, bercuti. Asyik story review je kan. Hari nie kalau boleh nak update kalau boleh 10 cerita. Kita tengok sampai mana yer.. haha..
Sedap ke Nasi Lemak sambal strawberry? Pertama kali singgah makan di Abang Strawberry, Cameron Highlands | Lama kami tak ke Cameron Highland tau. Kalau dulu setiap tahun dari mesti datang stay sini. Last datang masa Huwainaa baby tahun 2019. Dan kali nie kami tak stay pun, kami just singgah je untuk jalan-jalan.
Kami singgah makan di Abang Strawberry yang terkenal dengan nasi lemak sambal strawberry. Pelik kan, macam mana rasa strawberry yang dibuat sambal. Boleh telan ke nie. Bila dah order rasa, eh, tak pelik mana pun, rasa sambal ada sikit masam-masam manis, memang rasa sambal lah. Sedap pulak tu.
Cuma nasi je macam sedikit keras mungkin sebab warna nasi tu, buat tekstur nasi kurang lembut.
Nak sedap try teh o ais strawberry, sedapnya. Sampaikan kami beli la produk2 kat sini termasuk teh strawberry sebab terpengaruh dengan rasa dia. Balik nanti boleh buat kat rumah pulak. Overall, makan kat sini okay je, sedap. Disebabkan kami berjalan hai Jumaat, jadinya tak lah ramai orang. Santai-santai je.
Lepas tu kami ke Lavender Garden. Teringin nak makan lavender ais krim, teringat bau ais krim yang wangi tu. Jadinya kami singgah la kejap. Kecewanya kena bayar secara cash sebab masalah internet kat area tu. Mujur la ada duit lagi. Sebab dah zaman cashless nie, kita pun tak lah sediakan banyak duit dalam purse pun. Harga tiket Lavender Garden Cameron Highlands, boleh tengok kat gambar bawah.
Datang jalan-jalan Cameron Highlands hari Jumaat memang best. Jalan kurang sikit sesaknya kalau nak dibandingkan pada hari weekend. Kami masuk Lavender Garden pun santai-santai je, makan ais krim, ambil-ambil gambar, buat video reels, share kat tiktok, seronoknya bila tak ramai orang.
Punya lama tak datang sini, tempat dia pun makin besar dan luas, kalau dulu dua tingkat je, ini boleh naik ke atas lagi, lepas tu ada atas lagi. Nak petik strawberry sendiri pun ada kat sini.
Okaylah puas hati dapat jalan dua tempat nie je sebab kami nak teruskan perjalanan balik kampung terus. Niat mula nak stay hotel, alang-alang dah dekat dengan laluan nak balik Kelantan, jom lah balik ikut Lojing, sambil test kereta baru. Jimat duit hotel, boleh buat mende lain pulak.
Dapat makan ais krim Lavender pun dah seronok, lama tak makan, dia punye teringin tu tak boleh bawa bincang. Okay seterusnya pasal kereta baru, stay tuned.
Wassalam.
0 Comments