Assalamualaikum. Maaf la sebab tajuk tu tak kena dengan musim sekarang nie. Al-maklumlah throwback kan. Nak update blog memang bercinta la sikit. Bertangguh aje perangai. Okay kita sambung hobi camping kami, kali nie di Singgah Riverside Campsite, Ulu Yam.
Family Camping Journey | Musim panas nie jom bercamping kat Singgah Riverside Campsite, Ulu Yam | Cuaca waktu nie memang panas, rasanya paling panas dan paling berkicap time pasang tent. Kawasan dia pun lapang, tapak lapang, jauh dari pokok. Campsite nie kami book last minit selepas 5 bulan tak camping. Memang lama sebab sepanjang 5 bulan tu memang busy, Thaqif bersunat, buka sekolah, puasa, raya sebulan dan finally bulan Jun dapat juga camping.
Tarikh kami bercamping
Kami bercamping di Singgah Riverside Campsite selama 3 hari 2 malam. Campsite nie best sebab dia punya view, persekitaran, tapak depan sungai memang best. Cuma tapak dia tak boleh masuk kereta. Yang tu je tak berapa best. Kena angkut pakai wagon, penat tak yah cakaplah kan. Sape suruh camping.
Nie setup up tent kami, penat jugak la nak buat jadi gini. Dah try nak minimalis tapi macam tak boleh jer.
Sungai kat sini agak deras jugak tapi cetek. Bagi Fiza tak mesra kanak-kanak sangat sebab kena pantau sebab air dia laju. Setakat nak duduk tepi sungai tu boleh lagi. Kalau budak-budak nak mandi memang kena tengok. Tak boleh biarkan.
Suasana malam memang cantik. Malam pertama buat steamboat, malam kedua layan kambing bakar. Camping nie yang best bab makan. Sepanjang masa berasap je portable stove tu.
Passport jangan lupa bawa, CO bagi fridge magnet sekali
Singgah Riverside Campsite paling healing pada pendapat Fiza. Campers pun tak ramai. Mungkin sebab ia baru lagi kot.
Fasiliti kat sini tiptop. Plug point setiap tapak ada. Toilet dia memang cantik. Ada jual ais dengan air, pendek kata stok ais tak putus, duk ulang beli je, lagipun cuaca pun panas.
Itu jelah nak review. Nanti kita update camping seterusnya yer.
Wassalam.
0 Comments