Find us on Facebook

Family Camping Journey | Kami repeat camping kali ke-2 di Owl Eagle DRening try tapak RTT

Assalamualaikum. Tak tahu kenapa bila nak cerita pasal camping kali nie terbau-bau durian pulak. Bukan apa camping musim time musim durian kalau ada rezeki owner pulak ada kebun, in syaa allah campers pun akan dapat makan. Tak dapat free kita beli no problem dan yang pasti durian tu memang fresh from the oven.


Family Camping Journey | Kami repeat camping kali ke-2 di Owl Eagle DRening try tapak RTT | Selang 2 minggu lepas camping di Owl Eagle DRening, kami datang lagi tapi ini kira luck je. Pada mulanya kami dah booking Dusun Apak Kawww tapi kami tak suka dengan lokasi yang CO bagi. Betul-betul tepi sungai dan kalau nasib tak baik hujan lebat ada risiko kena hanyut. Lagi satu crowded dia dah macam pasar malam, akibatnya time nak guna toilet nanti, memang Fiza tak boleh berkrompomi bab tandas. 

Jadi kami ambil keputusan, baik kami undur diri. Payment tapak kami halalkan je. Husband terus call CO Owl Eagle DRening, dia kata tapak dah penuh, kami redho sebab last minit kan, tapi ada tapak RTT. Tapak Roof Top Tent atau untuk campervan, jauh dari orang, nak ke tandas kena jalan kaki jauh sikit. 



Kami no problem sebab barang semua dah bawah, tak nak la balik rumah dengan rasa kecewa sebab tak dapat campsite. Kali nie betul-betul rasa wild camping tau. Bayangkan hanya kami je kat situ, tepi sungai, tiada plug point, ada lampu jalan solar je satu, mujur terang waktu malam.


Tapak batu kecil dah jadi pilihan kami. In syaa Allah tent tak kotor. Tapak RTT nie memang best, tepi sungai, betul-betul sunyi, hanya dengan bunyi sungai dan burung-burung berkicauan je. 








Bila dah jauh daripada orang, terasa sangat privasi. Kami pun enjoy sungguh mandi sungai. Bukan senang nak dapat suasana macam ini. 3 hari 2 malam kat Owl Eagle DRening akan kami manfaat sepenuh. 







Dua hari berturut-turut CO campsite bagi durian. Seronok betul dapat durian free, ini lah rezeki campers kalau dapat CO baik ada kebun. Memang bau durian la khemah kami nie.






Camping kalau tak masak-masak, makan-makan memang tak sah. Kalau nak tengok laki dengan anak-anak makan banyak time nie lah. Masak lah ape pun confirm licin. Kadang-kadang nasi dengan ikan masin ada budu pun jadi dah. Rajin sikit adalah ikan masak asam pedas. Anak-anak Fiza siap frozenkan ayam kunyit, sampai campsite terus masak. Senang kan.








Makan tepi sungau nikmat dia lain macam. Moment yang akan dirindui, macam sekarang nielah. Rindu betul nak mula camping. Tapi kena tahan dulu sebab jadual memang agak ketat. Cuaca pun tak menentu. Kena banyak bersabar nie.




Tenang, aman dan damai.. suasana mcm nie lah bila yg kami nak. Sungai pun kami yang punya. Cuma tapak RTT nie memang rasa jugaklah keseraman dia sebab hanya kami je kan kat situ tapi 3 hari 2 malam kami lalui, alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku, semuanya baik-baik saja. Bukan tak de campers lain kat situ cuma jauh dari mereka sahaja.

Overall memang best. Rasa kami terlebih berani ambil tapak ini. Kalau siapa yang ada roof top tent atau caravan memang okay sangat lepak sini. Yang ada tent biasa, dengan power station pun okay camping kat sini. Pastikan lampu cukup yer.

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments