Find us on Facebook

Family Camping Journey | Owl Eagle DRening Campsite separuh "wild camping", campers tegar kena datang sekali

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru 2025 dan nie update pertama Fiza. Punya lama bersawang. Mana taknya sibuk bercuti, sibuk serba serbi dan yang sebenarnya mood malas nak update tu. Dan hari ini kita paksa juga untuk duduk depan laptop. Kena update sebab story dah berlambak-lambak nie.


Family Camping Journey | Owl Eagle DRening Campsite separuh "wild camping", campers tegar kena datang sekali | Untuk tahun 2025 ini camping kami tak mula lagi sebab musim hujan kan. Banyak campers pun tak disarankan untuk camping demi keselamatan. Jadi untuk story camping biasalah throwback bulan Jun 2024, kami teruskan bercamping di campsite baru. Bukan baru buka tapi campsite nie kami tak pernah datang lagi. 

Owl Eagle DRening Campsite yang mana kalau nak datang sini jalan dia off-road. Kalau kereta biasa pun masih boleh masuk antara korang berani atau tidak je. Tapi kereta lowered tidak disarankan. Sebelum ini pun kami dah pernah survey tapi tak beranilah, sebab kami kalau bawa barang macam nak pindah terus.


Lepas pakai 4x4 kami decide untuk camping kat sini. Off-road Owl Eagle DRening lebih kurang 1.5km dari Dusun Pak Abu. Tak jauh dan kalau nak datang sini pastikan korang tengok betul-betul sign owl yang disediakan, risau kang sesat jalan.


Bila dah sampai memang rasa aman dan betul-betul rasa macam wild camping. Untuk kami yang berfamily, suasana macam ini pun dah dikira wild sangat dah. Kalau betul-betul wild toilet pun tak de. Tapi kat sini toilet dia paling cantik dan bersih



Tapak batu kecil memang kegemaran campers sebab tent tak kotor kalau hujan. Jadinya macam tahu-tahu je campsite nie best. Semua barang camping kami bawa dan set up kali ini paling kebabooommm. 










Bila camping mestilah tepi sungai. Tapak kami pun berhadapan sungai. Sungai kat Owl Eagle DRening Campsite memang cantik sangat. Air jernih, tak laju dan mesra kanak-kanak. Tapi masih kena pantau. Sebab ia jauh ke dalam maka sungai dia memang cantik. Suasana macam ini memang sangat bernilai buat kami.









Malam pun sunyi, hanya dengar bunyi-bunyi serangga waktu malam. Tapak kat sini pun tak banyak jadi tak serabut dengan perangai campers yang kadang-kadang susah kita nak terima. 

Sini takde plug point yer. Kena standby power bank ke, power station ke. Kami bawa power station sendiri, boleh la bertahan 4 hari kalau takde elektrik. Setakat nak caj telefon dan lampu.







Sebelum balik jangan lupa cop passport camping

Pengalaman bercamping 3 hari 2 malam di Owl Eagle DRening Campsite memang best. Riuh dengan bunyi-bunyi burung, comel je, penuh ketenangan. Nie campsite paling best yg kami pernah datang, paling healing, paling mantop. Repeat? Mestilah kalau campsite tu best. Ia akan ada dalam list campsite kami lepas ini.

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments