Uniform sekolah berkualiti serta mampu milik di Pusat Pakaian Hari-Hari | Mujur tau masih ada pilihan untuk kita sebenarnya. Sebagai ibubapa yang tak nak gagal berikan kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk anak-anak, korang pergi je ke Pusat Pakaian Hari-Hari. Nak beli baju sekolah murah, nak cari kelengkapan sekolah murah dan berkualiti semuanya ada di sini.
Sebab itu Pusat Pakaian Hari-Hari digelarkan One Stop Center, bawah SATU bumbung semuanya ada. Kita tak payah nak angkut anak kehulu- kehilir masuk banyak kedai semata-mata nak lengkapkan barang persekolahan.
PROMOSI HARI-HARI SEKOLAH 2025
Sempena PROMOSI HARI-HARI SEKOLAH 2025, korang memang patut datang shopping kat Pusat Pakaian Hari-Hari. Murah bukan sebarang murah, murah dan berkualiti lagi. Baju tahun lepas anak-anak pun masih cantik lagi. Kalau tak disebabkan anak-anak cepat membesar, memang Fiza akan pakaikan lagi dorang baju tahun lepas.
Tapi kalau masuk tahun baru nak tak nak Fiza akan belikan baju baju juga untuk anak-anak. Barulah dorang bertambah semangat untuk ke sekolah.
Paling gembira tahun 2025 ini anak Fiza dua-dua dapat lantikan pengawas. Bagusnya di Pusat Pakaian Hari-Hari ada sediakan juga uniform pengawas berserta vest. Staf dorang tahu pengawas sekolah ini baju warna apa, sekolah itu warna apa.
Pelbagai saiz dan pilihan untuk pakaian sekolah
Bab saiz korang tak perlu risau, macam Huwainaa, badan kecil tapi ada saiz untuk dia. Pakai pun elok terletak tak perlu nak pergi buat alteration. Macam Thaqif pun tiada masalah, masuk tahun nie dah 4 tahun kami setia dengan Pusat Pakaian Hari-Hari.
Semua yang korang perlukan untuk persiapan ke sekolah ada seperti Baju, Seluar, Baju Melayu, Baju Kurung, Tudung, Anak Tudung, Tali Pinggang, Beg, Kasut, Stokin, Water tumbler, Lunch box, Stationaries dan lain-lain.
Cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari
Pusat Pakaian Hari-Hari telah melebarkan cawangannya ke lebih daripada 110 cawangan di seluruh negara. Tak kira korang berada kat negeri mana, boleh membeli-belah untuk pakaian sekolah di sini. Ini menunjukkan bawah betapa besar peranan Pusat Pakaian Hari-Hari dalam membantu ibubapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.
Pada masa ini juga Pusat Pakaian Hari-Hari merupakan kedai rantaian Fesyen/Pakaian Sekolah terbesar di Malaysia.
Dah tiba masa untuk shopping baju sekolah anak. Fiza dah settle, alhamdulillah. Pada ibu bapa yang yang masih mencari kelengkapan persekolahan anak-anak, bolehlah berkunjung ke cawangan Pusat Pakaian Hari-hari berdekatan korang.
Layari www.hari.com.my/locator untuk lokasi outlet. Kunjungi Hari-Hari Shopee atau Lazada jika ingin membeli-belah dalam talian.
0 Comments