Find us on Facebook

HADA LABO CIPTA REKOD DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS DENGAN PENYERTAAN PALING RAMAI DALAM ACARA DEMONSTRASI PENANGGALAN SOLEKAN

Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd (memegang plakad Malaysia Book of Records), Puan Siti Hajar Binti Johor, Malaysia Book of Records Official (memegang anugerah) dan Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia (memegang plakad Watsons).

Hada Labo, jenama penjagaan kulit terkemuka Jepun, telah mencapai satu pencapaian yang mengagumkan dengan meraih gelaran berprestij dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Penyertaan Paling Ramai dalam Acara Demonstrasi Penanggalan Solekan. Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan reputasi Hada Labo sebagai jenama penjagaan kulit yang berkesan, berkualiti tinggi, tetapi juga menonjolkan komitmennya untuk mendidik dan melibatkan pengguna dalam rutin penjagaan kulit yang betul.

Dianjurkan di Puteh, Subang, acara ini menjadi lebih istimewa dengan sokongan daripada Watsons Malaysia, rakan kolaborasi setia Hada Labo. Seramai 250 peserta hadir dengan solekan penuh dan bersama-sama menanggalkannya menggunakan Hada Labo Hydrating Cleansing Oil, diikuti dengan rutin pembersihan menggunakan Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash. Demonstrasi yang diselaraskan ini membuktikan kehebatan pembersihan yang berkesan namun lembut pada kulit daripada rangkaian produk Hada Labo, sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai penyelesaian utama untuk kulit yang bersih dan terhidrat.



Pencapaian Sejarah dalam Penjagaan Kulit

Rakan runcit setia Hada Labo, Watsons Malaysia, turut memberi sokongan kepada acara ini, sekaligus memperkukuh impak jenama tersebut. Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, meluahkan perasaan teruja atas pengiktirafan berprestij ini: “Pencapaian ini adalah bukti yang kukuh terhadap falsafah penjagaan kulit ‘Perfect X Simple’ kami—membuktikan bahawa kulit bersih dan berseri boleh dicapai dengan mudah dengan produk dan rutin yang betul. Kami sangat berbangga kerana dapat menetapkan penanda aras baharu dalam industri penjagaan kulit dan berkongsi detik ini bersama pengguna setia kami.”

L-R: Puan Siti Hajar Binti Johor, Malaysia Book of Records Official menyampaikan anugerah kepada Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd.

Dalam satu detik yang membanggakan bagi jenama tersebut, seorang wakil daripada Malaysia Book of Records menyerahkan anugerah tersebut kepada Hada Labo, di samping mengiktiraf komitmennya terhadap inovasi dan penglibatan pengguna

“Kami berasa sangat gembira untuk menganugerahkan gelaran rekod ini kepada Hada Labo. Keupayaan jenama untuk mengumpulkan begitu banyak peserta dalam satu demonstrasi penjagaan kulit yang interaktif telah menetapkan satu piawaian baharu dalam penglibatan industri,” kata Puan Siti Hajar Binti Johor, Malaysia Book of Records Official.



Sains di Sebalik Kehebatan Produk Pembersihan Hada Labo

Hada Labo Hydrating Cleansing Oil menjadi tumpuan utama dalam acara bersejarah ini, dengan menanggalkan solekan, pelindung matahari, dan kotoran dengan mudah. Dikuasakan dengan lima jenis minyak kecantikan berkualiti tinggi, ia memberikan manfaat penjagaan kulit yang luar biasa:
  • Penanggal Solekan yang Berkesan – Minyak Zaitun, Jojoba, Macadamia, Rosehip & Biji Moringa menanggalkan minyak berlebihan, kotoran, dan solekan kalis air yang degil dengan berkesan.
  • Hidrasi Yang Mendalam – Diperkaya dengan dua jenis Asid Hialuronik untuk mengekalkan kelembapan kulit selepas pembersihan.
  • Perlindungan Anti-Pencemaran – Melindungi kulit daripada pencemaran persekitaran dan mengurangkan lekatan kotoran dan sisa cemar.
  • Lembut pada Kulit – Bebas daripada alkohol, pewangi, pewarna, dan minyak mineral, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.
Hada Labo Hydrating Cleansing Oil
Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash

Setelah menggunakan Hydrating Cleansing Oil, peserta menyelesaikan rutin pembersihan dua langkah dengan Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash, yang bukan sahaja membersihkan tetapi juga meningkatkan kecerahan kulit dengan ciri-ciri berikut:
  • Mengunci Kelembapan – 2 jenis Asid Hialuronik mengekalkan kelembutan, keanjalan, dan kelembapan kulit.
  • Mencerahkan & Menyerikan – Resveratrol, Niacinamide, Vitamin C & E meratakan tona kulit dan memperbaiki tekstur kulit.
  • Memberi Hidrasi Mendalam – Ekstrak Alga Perang membekalkan mineral dan mengekalkan kelembapan.
  • Lembut pada Kulit – Bebas daripada alkohol, pewangi, pewarna, dan minyak mineral, sesuai untuk semua jenis kulit.

Raikan dengan Tawaran Eksklusif Hada Labo di Watsons!

Bagi meraikan detik bersejarah ini, Hada Labo menawarkan penjimatan ekslusif kepada peminat dari 6 Mac hingga 14 April 2025 di cawangan Watsons Malaysia!

Rebat Segera RM10 dengan pembelian minimum RM100 untuk produk Hada Labo.

Diskaun 20% untuk Hydrating Cleansing Oil + diskaun tambahan 5% untuk ahli Watsons.

Diskaun 30% untuk Hydra & Whitening Face Wash sebagai tawaran Pembelian dengan Pembelian (PWP) dengan minyak pembersih.

Jangan lepaskan tawaran terhad ini—kerana kulit sihat dan terhidrat bermula dengan pembersihan yang betul!

Untuk maklumat lanjut tentang produk atau untuk mendapatkan kemas kini mengenai acara yang akan datang, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti laman Facebook: MyHadaLabo atau Instagram: @hadalabomalaysia atau TikTok: @hadalabomy.


Falsafah penjagaan kulit Hada Labo:

“SEMPURNA X MUDAH”

Untuk kesempurnaan muktamad dan kesederhanaan muktamad

Post a Comment

0 Comments