Find us on Facebook

Kasut Pallas Baharu VGRIP beri cengkaman kuat dan lebih selamat untuk anak-anak bersekolah

Sesi persekolahan Tahun 2025 bakal bermula tidak lama lagi. Macam biasa kita parents nie sibuk lah nak buat preparation untuk anak-anak masuk sekolah nanti. Nak beli baju sekolah, kasut sekolah dan macam-macam lagi. Untuk kasut sekolah pilihan Fiza mestilah kasut sekolah Hitam Pallas


Kasut Pallas Baharu VGRIP beri cengkaman kuat dan lebih selamat untuk anak-anak bersekolah | Tahun ini masuk tahun ke-4 anak-anak setia dengan Pallas. Bukan apa kasut Pallas memang kasut yang sangat berkualiti dan sudah berada lama di pasaran. Boleh kata satu tahun tu memang tahan pakai kasut yang sama je. Beli baru pun sebab dah ketat. 

Korang nak tahu tak, Pallas ada keluarkan kasut design baru tau. Pelancaran Baharu Kasut Sekolah Pallas "VGRIP" yang mana rekabentuk tapak kasut ini bantu berikan cengkaman kuat dan lebih selamat. Pelajar lelaki, perempuan boleh pakai kasut nie. Masa mula-mula try tu nampak smart betul pada Thaqif jadi kami dapatkan sepasang Kasut Sekolah Pallas "VGRIP" 205-0220BK untuk dia

Kasut Sekolah Pallas "VGRIP"

Antara ciri-ciri Kasut Sekolah Pallas "VGRIP"
  • Velcro strap dengan rekabentuk Elastic Shoe Lace
  • Bahagian atas mesh menyediakan fungsi "Pengeringan Pantas"
  • Foam lining untuk perlindungan keselesaan tambahan
  • Padded collar untuk keselesaan dan perlindungan tambahan
  • Special insole cushion with "Comfy Arch Support" melegakan ketegangan pada otot kaki
  • Bouncy insole cushion with "Better Rebound" mengurangkan tekanan pada kaki secara natural shock
Cetakan "VGRIP" pada tapak kasut

Kasut Sekolah Pallas "VGrip" dengan Inverted V Grip herringbone design dapat berikan multi-directional traction yang sangat baik untuk semua permukaan. "VGrip Rubber Piece" pula bantu berikan cengkaman yang sangat baik. Untuk anak-anak yang lasak, suka bersukan, memang recommended sangat untuk dorang pakai kasut nie. 

Velcro strap dengan rekaan Elastic Shoe Lace 

Comfy Arch Support

"VGrip Rubber Piece" untuk cengkaman yang sangat baik

Material Mesh bantu kasut cepat kering kalau
 basah atau berpeluh

Kusyen tumit 8mm memaksimumkan penyerapan hentakan 
jadi tumit pun tak sakit


Selain keluaran Kasut Pallas VGrip, kasut Hitam Pallas lain tak kurang hebatnya. Contohnya Kasut Pallas 205-0215BK "Arch Support" yang bantu melegakan tekanan pada otot kaki dan kaki akan lebih sihat. 


Antara ciri-ciri Kasut Sekolah Pallas "Arch Support"
  • Velcro strap design
  • Rekaan bahagian atas PVC penuh
  • "Foam lining" bantu keselesaan dan perlindungan tambahan
  • "Padded collar" bantu keselesaan dan perlindungan 
  • "Arch Support" untuk mengurangkan ketegangan pada otot kaki
  • "Better Rebound" mengurangkan tekanan pada kaki dengan natural shock absorption
Foam lining di sekeliling kasut

Tapak tebal dan ringan

PVC penuh, kasut kurang basah kalau terkena air

Velcro strap design

Ringan dan terbukti "X-Light"


Kasut Pallas sentiasa memahami keperluan aktiviti anak di sekolah

Memandangkan anak-anak Fiza berada di sekolah dari pagi sampai ke petang, kasut yang Fiza cari mestilah dapat beri kelesaan serta beri mengudaraan yang baik buat kaki dorang. Barulah dorang dapat fokus belajar dan bersukan. 

Bayangkan kalau kasut tak selesa, memang kesian pada anak-anak. Sebab itu Fiza sentiasa pilih Pallas sebab jenama kasut yang sudah terbukti memahami keperluan kaki anak-anak kita.

Memang tak cari kasut lain dah. Kasut Pallas memang jenama turun temurun, dari dulu, Fiza pun pakai Pallas ke sekolah. Kasut Pallas juga mudah dijaga, senang cuci dan cepat kering. Sebab itu Kasut Pallas pilihan Fiza sejak dulu lagi.

Kasut hitam bergaya abad ini


Sertai Peraduan Jom Beli & Menang Wang Tunai RM3000


Pallas sekali lagi ada Peraduan Back To School.. boleh menang Cash RM3000! Terma dan syarat korang boleh semak di laman sosial Pallas Malaysia.

Kasut sekolah Pallas boleh didapati daripada kedai kasut dan pasaraya. Bukan kasut sekolah je, ada banyak lagi design kasut keluaran Pallas nie. Beli secara online di https://www.wow2wee.com/


#pallasmalaysia #archsupport #kasutsekolah #schoolshoes #gerbangkasut
 

Post a Comment

0 Comments