Carlo Rino mempersembahkan barisan himpunan menyeronokkan sempena musim perayaan kali ini, menawarkan gabungan sempurna nostalgia, dan gaya sarat rona. Dengan himpunan kasih Tom & Jerry serta dua koleksi menakjubkan bagi Hari Raya—koleksi Logogram dan Carlo Geo—Carlo Rino menjemput anda untuk meraikan dalam stail dengan rekaan yang berfungsi dan bergaya.
Koleksi Tom & Jerry diinspirasikan daripada kartun tidak lapuk dek zaman dicintai seluruh generasi. Menyuntik nostalgia kanak-kanak dan kenakalan sarat senda, himpunan ini dipenuhi personaliti riang, bertenaga daripada Tom dan Jerry. Himpunan ini termasuk tas tangan, dompet, dan aksesori dengan sentuhan rona terang serta corak. Emas memenuhi elemen rekaan unik yang diilhamkan dari keju, menambah adunan lucu dan moden terhadap setiap item. Sama ada penggemar fesyen di luar sana mengutamakan gaya bebas, estetika riang atau fesyen klasik, setiap item dalam himpunan sempurna digayakan harian atau dijadikan sebagai aksesori menarik pandangan.
Menjelang musim Hari Raya, Carlo Rino menjemput semua untuk meraikan semangat pembaharuan, kasih sayang, dan kesyukuran dengan dua koleksi indah: Logogram dan Carlo Geo. Hari Raya merupakan waktu menyerlahkan keanggunan, tradisi dan berfesyen bagi meraikan hari yang menggembirakan, rekaan Carlo Rino akan meningkatkan gaya pada musim perayaan anda.
Berita baik buat penggemar fesyen moden, Koleksi Logogram menampilkan gabungan palet pink lembut, biru muda, dan krim, sempurna disesuaikan dengan busana Hari Raya. Himpunan ini menggabungkan fungsi dan fesyen disertai beg bucket, beg silang anggun, kasut bergaya, dan jam tangan abadi.
Butiran rantai emas halus menambah glamor, manakala kasut bertapak chunky dengan sentuhan emas memastikan si pemakai boleh bersosial melalui rumah terbuka dan perayaan dengan selesa serta bergaya. Boleh dipasangkan dalam Baju Kurung tradisional atau busana Hari Raya moden, Koleksi Logogram menambah setiap gaya dengan sentuhan kelas.
Bagi penggemar gaya garang, meriah, Koleksi Carlo Geo pilihan utama anda untuk Hari Raya tahun ini. Dengan monogram dalam pink manis menambah dopamin gembira, kuning ibarat matahari, dan rona hijau pudina segar, koleksi ini menawarkan perasaan ceria dan warna terhadap busana di musim perayaan ini.
Rekaan yang muda, termasuk beg bahu bersilang moden, beg mini berbentuk bulan, tas tangan berstruktur, dan dompet berzip serba boleh, sesuai digayakan untuk mencipta Hari Raya yang tidak dapat dilupakan. Koleksi Carlo Geo menambah sentuhan yang menyeronokkan lagi riang, sesuai dipadankan dalam busana tradisional dan kontemporari.
Sama ada dipikat daya tarikan nostalgia Tom & Jerry atau keanggunan moden Logogram dan tenaga meriah Carlo Geo, himpunan musim perayaan Carlo Rino direka untuk membantu si pemakai mencipta memori indah sempena Tahun Baru Cina dan Hari Raya. Rekaan Carlo Rino yang sarat rasa dan kisah, koleksi ini bukan sekadar aksesori—malah peneman musim perayaan.
Jangan lupa dapatkan aksesori teman perayaan anda ini di www.carlorino.net, juga di butik Carlo Rino, seluruh negara, dan gedung beli-belah utama.
Media Sosial:
@carlorino #CarloRinoMY
0 Comments