Punyelah banyak durian kat Selangor, galak nak pergi makan durian kat Balik Pulau tu. Saja nak makan durian sambil enjoy view atas bukit tu.

Menikmati Durian Black Thorn di Titi Kerawang Stall, Balik Pulau | Sebenarnya kami ke Penang nie ada 2 sebab, pertama nak celebrate birthday daddy kat Lexis Suites Penang dan kedua nak makan durian kebetulan musim durian kan.
Tapi tulah dah akhir-akhir musim durian pun tak berapa nak banyak dan banyak jugak gerai-gerai durian dah tutup. Tapi rezeki masih ada.
Pertama kali kami try Durian Black Thorn . Selama nie duk dengar orang sembang je.

Durian Black Thorn
Durian black thorn nie bau dia wangi, tak tahulah kalau korang yang pernah makan bau sama macam Fiza ke tak. Isi dia manis dan pahit sikit. Memang sedaplah. Yang tak minat durian je cakap durian tak sedap. Kita nie semua jenis durian kita makan.
Lagi satu tu durian udang merah tapi tak berapa merah sebab tokey tu bagitahu tu durian dah last-last gugur dari pokok, jadi dia bagi makan free jer. Rejeki..
Isi durian Black Thorn

Isi Durian Udang Merah
Nak datang makan durian kat Balik Pulau, datanglah dalam bulan Jun dan Julai. Harga tak murah mana pun tapi fresh dari kebun.
0 Comments