Musang King vs D24 mana lagi sedap? Dua-dua sedap wehhh.. kita makan setakat boleh.. puas hati, berbaloi dan murah.
Musang King pun ada kat Pesta Jualan Durian Murah Dataran Bentong | Bulam Ogos 2024 tahun lepas kami berkesempatan bawa mak dan abah pergi makan durian. Abah siap call tanya tak nak balik makan durian ke? Dia ajak pergi Dataran Bentong sebab time tu ada pesta durian.
Dengar je durian, terus shot balik Bentong lah kita. Ambil mak dan abah terus pergi Dataran Bentong. Masa sampai tu, waktu nak cari parking dah terbau durian. Memang betul-betul pesta nie. Durian pun bukan biasa-biasa. Nak makan musang King kat sini la. Harga rahmah.
Musang King geng!!
Durian D24
Kami makan tak silap sebiji musang King dan 3 biji D24 harga tak ingat tapi memang murahlah. Orang Bentong kalau tak datang makan waktu tu memang rugilah. Musang King dorang nie bukan dari Raub tapi dusun di Manchis, Bentong sendiri.
Lepas makan durian tu kita jalan-jalan la kat situ, ada pelbagai pameran dan jualan penduduk tempatan. Jualan Madani pun ada. Memang tak rugilah datang bawa mak dengan abah sebab dorang pun nak pergi sambil-sambil makan durian.
Wassalam.
0 Comments