Nak rasa suasana makan dalam kebun getah? Macam-macam kan.. Kat Kelantan ada tempat yang mana pengunjung boleh datang breakfast kat sini, lepas kenyang boleh jalan-jalan kat pasar pagi sambil beli barang dapur.
Pasar Pendekar pasar pagi dalam ladang getah di Kampung Guntong | Terletak di Pasir Puteh Kelantan, Pasar Pendekar memang terkenal dengan pasar pagi dalam kebun getah. Idea dorang nie memang menarik. Kalau masuk dalam kebun getah tu tak macam kebun getah pun. Luas pulak tu.
Lagi menarik ada Kedai Kopi Pendekar Kak Ros. Kami ke sini seawal 7 pagi tau sebab nak sarapan pagi nasik berlauk. Kalau lambat tempat duduk takde, kena beratur panjang. Mujur kami awal, tempat duduk pun husband susun sendiri sebab waktu nie owner pun tengah sibuk setup kedai.
Nasi berlauk, Nasi Dagang dengan pelbagai jenis lauk pauk ada. Rambang mata tau nak pilih lauk sebab banyak sangat. Dan paling penting sedap... Suasana makan dalam ladang getah, mana boleh beli kan mana-mana. Jangan risau takde nyamuk.
Lepas dah isi perut, kita jalan-jalan la kat pasar pagi pula. Cari ulam-ulaman, ikan masin, jeruk petai, dan kuih muih Kelantan. Macam-macam lah ada kat sini. Pakaian seluar, dewasa dan kanak-kanak, tudung telekung, ikan laga pun ada. Thaqif siap beli ikan laga nak bela.
Sesak memang sesak dan ramai sungguh pengunjung. Mujur kami datang awal. Parking luas disediakan tapi kalau dah ramai sesak jugak der. Korang pun kalau nak rasa tenang datang seawal 7 pagi. Tak lah panas sangat. Dalam pukul 9 pagi dah boleh balik.
Seronok rasa pengalaman baru makan dalam ladang getah, beli barang dapur dalam ladang getah. Mana ada kat tempat lain, ada kat sini je.
Wassalam.
0 Comments