Find us on Facebook

Pertama kali sertai 11th Speed Power International Open Taekwondo Championship 2024 di Stadium Titiwangsa

Assalamualaikum. Pejam celik dah 3 tahun anak-anak Fiza dalam sukan Taekwondo nie. Setiap tahun sebenarnya banyak je tournament yang kita sebagai parents boleh hantar tapi apa kan daya setiap minggu sibuk je. Zaman sekarang nie kalau nak anak aktif, mak ayah pun kena aktif sama, kalau tidak, anak duduk macam tu jelah. Rasa penat pun ada tapi demi anak memang mak ayah perlu banyak korbankan masa. 


Pertama kali sertai 11th Speed Power International Open Taekwondo Championship 2024 di Stadium Titiwangsa | Kalau tournament tu kami tahu awal in syaa allah ada peluang, kalau last minit memang kami tak join. Untuk tournament ke 4 buat Thaqif dan Huwainaa, kami terpaksa berkampung selama dua hari di Stadium Titiwangsa, sebab jadual perlawanan Thaqif dan Huwainaa tidak sama. 

11th Speed Power International Open Taekwondo Championship 2024 telah diadakan pada 19 Julai 2024 sehingga 21 Julai 2024. Hari pertama datang susah betul nak cari parking. Maka hari kedua kami datang seawal 6 pagi. Parking betul-betul depan stadium.




Anak-anak bertanding dalam acara Poomsae Individual. Sebelum bertanding pun mama dia jenuh jugaklah membebel suruh berlatih risau lupa step. Sebab poomsae nie lebih kepada seni dan persembahan. Kalau fighter pun nampak senang tapi sakit. Poomsae nie, tak sakit tapi kalau lupa step memang kemurunganlah anak-anak.



Rezeki Thaqif dan Huwainaa masing-masing dapat bawa pingat balik rumah. Berbaloi jugaklah masa mama dengan dedi berkampung kat sini.

Tempat kedua

Tempat ketiga









Walaupun penat, tapi seronok sebenarnya join tournament nie. Kita boleh tengok semangat juang anak-anak kecil, level confident dorang bukan calang-calang. Tambah-tambah pula kalau kategori fighter. Tahniah buat hero dan heroin mama, ada rezeki kita sambung cari pengalaman dan pingat dalam sukan taekwondo nie. In syaa Allah. 

Post a Comment

0 Comments