Assalamualaikum. Tak lama lagi tahun 2025, lepas raya nie sibuklah sekolah dengan persiapan sukan. Kita nie dah baru nak update story tahun lepas. Memang berkejarlah yer sebab nie pun dah nak masuk setengah tahun dah.
Sukan Tahunan Sekolah 2024, anak-anak happy bawa balik medal | Bila dah habis zaman Covid, parents pun dah boleh masuk sekolah untuk berikan sokongan untuk anak-anak time sukan. Ingat lagi masa Thaqif darjah 1, acara dibuat secara tertutup, tahu-tahu anak bawa balik medal. Kali nie kita bagi sokongan moral sebab dua-dua anak Fiza dah bersekolah.
Rumah Kuning
Rumah Oren - Pendidikan Khas
Rumah Hijau
Rumah Merah
Rumah Biru
Memandangkan sorang rumah Kuning, sorang rumah Biru, mama terpaksa la sokong dua-dua rumah. Dulu sokong rumah kuning je. Acara untuk budak-budak Tahap 1 tak berat mana, lebih kurang sukaneka. Tapi kalau kalah memang kemurungan jugak yer. Ingat tahun lepas, Thaqif tak dapat medal, marah betul dia.
Tapi kita kena bagi tahun sukan nie bukan setakat nak menang, jangan gaduh kalau kalah. Biasalah kalau berpasukan. Tak kita buat silap, orang lain buat silap. Tapi tahun nie Thaqif dapat bawa balik satu medal.
Huwainaa tak mengalah, abang dia satu, dia bawa balik 2 terus. Dah si abang tak puas hati. Alahai macam-macam lah kan.
Tapi semuanya okay je. Anak-anak happy, kita pun happy. Seronok dapat enjoy aktiviti sekolah nie. Tahun 2025 nie ada sukan kami akan datang lagi.
0 Comments