Find us on Facebook

Family Staycation Indonesia | Aktiviti menarik yang korang boleh "have fun" kat Kawah Rengganis Ciwidey

Nak tahu kenapa tourist suka datang Bandung? Selain shopping baju batik, kain pasang kat Bandung juga ada banyak tempat menarik untuk liburan. Jom sambung kisah staycation kami di Bandung untuk 4 hari 3 malam.



Family Staycation Indonesia | Aktiviti menarik yang korang boleh "have fun" kat Kawah Rengganis Ciwidey | Selepas breakfast kami minta Pak Supir untuk bawa kami ke Ciwidey, yang mana kat sini ada beberapa tempat pelancongan menarik dan tempat wajib datang kalau ke Kota Bandung. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. 



Destinasi pertama iaitu Kawah Rengganis Ciwidey. Di sini korang boleh enjoy Jambatan Gantung @ Suspension Brigde Kawah Rengganis. Ia merupakan Jambatan gantung terpanjang di Indonesia dan di Asia Tenggara. Panjang jambatan adalah 370m. 




Memang panjang korang. Korang yang gayat tak disarankan naik jambatan nie. Bukan apa bila sampai kat tengah tu, korang boleh rasa ayunan jambatan nie tau boleh terbawa dalam mimpi tu. Bila dah sampai tengah tu apa menariknya dengan jambatan nie kan. Haaa kat bawah tu korang boleh tengok  kawah Rengganis.. view pula Masya Allah cantik sangat!!!

Nielah rupanya Kawah Rengganis

Nak tengok dari dekat pun boleh, tapi korang kena turun bawah la. Kami malas la sebab nk turun pun best, nak mendaki naik tu rasanya mental tak bersedia. Dahlah baru sampai terus pegi jalan, tidur-tidur ayam je dalam bas tadi. Jadinya kita decide untuk simpan tenaga. 




Selain dari Jambatan Gantung nie ada lagi satu tarikan yang korang patut cuba dan memang antara wishlist kami kalau sampai ke sini. Naik buaian yang dorang panggil Keranjang Sultan. Datang sini tak try Keranjang Sultan memang rugilah. Yang nie kita cerita kat entry seterusnya. 


Lepas pergi balik jambatan lebih kurang 370m pergi, 370m balik, rasa kebas jugak kakinya. Mana taknya dengan nak imbang badan lagi, lainlah kalau jalan tu rata, bila jalan atas jambatan rasa jugaklah kaki macam nak krem. Adoi tua dah kita nie. 




Masa yang kami luangkan kat sini lebih kurang 2 jam (10.45 pagi sampai 12.30 tgh hari) termasuk naik buaian Keranjang Sultan. Lupa pula, cuaca kat sini sejuk dan berangin, sebab kat kawasan bukit, memang nyaman je rasa. Seronok la datang sini. Itu belum cerita pasal Keranjang Sultan lagi. Stay tuned okay.

Post a Comment

0 Comments