Assalamualaikum. Jom sambung catatan perjalanan travel untuk hari kedua di Bandung, Indonesia. Untuk pengetahuan korang kami terbang dari Malaysia tengah malam 30 Oktober 2024 dan sampai di Jakarta Airport awal pagi Khamis 31 Oktober 2024. Kiranya hari pertama di Indonesia tapi disebabkan perjalanan bermula tengah malam dan awal pagi, maka ia dah jadi hari kedua.
Boleh baca sini --> Percutian kami sekeluarga ke Bandung, Indonesia
Family Staycation Indonesia | Pengalaman menginap di El Cavana Hotel Bandung untuk 4 hari 3 malam | Setibanya di Bandung pada pukul 6.30 pagi, kami terus check in hotel. Kalau tengok waktu, 6.30pagi kalau kat Malaysia masih gelap tapi kat sini dah cerah macam 8 pagi. Waktu subuh kat Bandung jam 4 pagi.
Bas yang kami naiki dari Jakarta ke Bandung
El Cavana Hotel Bandung
Kaunter receptionist
Lobi hotel luas dan cantik
Hotel El Cavana Hotel Bandung nie taraf 3 bintang tapi dia punya fasiliti, dan kemudahan taraf macam 5 bintang. Harga bilik untuk satu malam katil King Bed RM 130 je. Memang murah dan kalau nak bandingkan dengan Malaysia tak dapat dah harga macam ini. Paling-paling RM 250 ke atas. Kira baloilah untuk stay 4 hari 3 malam kat sini sebab banyak tempat menarik kat Bandung nie yang husband dah senaraikan nak pergi.
Bilik luas, katil besar siap dengan sarapan pagi. Bila travel nie, kena sarapan dulu sebab di kemudian hari kita tak tahu nanti dapat makan kat mana. Isi perut siap-siap tambah-tambah kalau dengan anak-anak nie. Dorang kalau lapar mulalah susah nak bagi kerjasama.
Satu je yang tiada kat hotel yang Fiza dah baca sebelum booking hotel, iaitu kemudahan seterika. Memandangkan Fiza nie memang jenis bawa seterika ke mana-mana, jadinya takde masalah. Bawa je sendiri punya. Lagipun travel iron dah banyak jual, beli je. Tak kan nak pakai tudung dan baju kedut-kedut kan. Nak OOTD pun tak seronok nanti.
Overall memang kami puas hati dengan hotel nie. Kedudukan pun strategik tengah-tengah kota Bandung. Nak booking boleh klik sini--> Hotel El Cavana Hotel Bandung bayar guna duit Malaysia, kan senang.
Nak tahu tempat mana yang kami singgah buat pertama kali jejak kaki di Bandung? Tunggu...
Wassalam.
0 Comments