Find us on Facebook

Family Staycation Indonesia | Percutian kami sekeluarga ke Bandung, Indonesia buat pertama kali, teruja sangat!!!

Assalamualaikum. Finally sampai juga kami ke Indonesia pada penghujung tahun 2024. Catatan perjalanan dan percutian untuk kali ini amatlah panjang dan segala kenangan Fiza akan tulis kat blog nie. Harap korang tak jemu baca yer. 

Pelepasan Antarabangsa KLIA2

Family Staycation Indonesia | Percutian kami sekeluarga ke Indonesia buat pertama kali, teruja sangat!!! | Husband yang rancang trip untuk ke Indonesia nie dan trip ini juga adalah DIY Trip. Husband plan dalam masa sebulan je. Tugas Fiza hanya book tiket flight Air Asia dan tiket keretapi laju Whoosh. Yang lain husband uruskan dengan contact yang dia dapat sendiri ejen-ejen sah.

Buku merah jangan lupa bawa

Kami ke sana pada cuti Deepavali tahun lepas, iaitu pada 30 Oktober 2024 sehingga 5 November 2024, seminggu jugalah kami akan berada di sana. Kami akan di Bandung selama 5 hari dan 2 hari di Jakarta. 

Seronok dorang nak ke Indonesia

Lama menunggu pun tak pe janji ada handphone

Flight kami pada awalnya pukul 10 malam, tapi delay hampir satu jam. Agak penat jugak menunggu sebab kami dah berada di KLIA2 sejak pukul 5 petang. Ini semua gara-gara nak elak jem sebab cuti Deepavali.

Selepas selesai segala urusan bagasi, passport memang lega sebab ini kali pertama kami naik flight untuk ke luar negara. Sebelum ini ke Thailand pun nak kereta sendiri, jadi kali nie nak kata mencabar pun tak juga, cuma berdoa semoga segalanya dipermudahkan dan tak sangkut apa-apa kat airport. 



Pukul 10.40 malam semua penumpang dah boleh masuk dalam flight. Maka bermulalah percutian yang kami rancang dan yang kami tunggu-tunggu. Seronok dan teruja sangat sebab nak melancong kat negara orang. 

Selamat tinggal Malaysia

Flight malam




Nasi lemak Rendang

Sedap makan dalam flight

Hello Jakarta

Pukul 12.25 pagi kami sampai di Jakarta Soekarno-Hatta International Airport. Perjalanan dari KLIA2 ke Jakarta Soekarno-Hatta International Airport mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah, semua bergantung pada cuaca. Dan kami rasa cepat juga sampai. 

Pelancong yang nak ke Bandung akan transit di Jakarta dahulu memandangkan takde flight yang terus ke sana. Dulu Air Asia ada buat sekarang nak tak nak kena singgah Airport Jakarta dulu. 

Sampai dah di Jakarta Soekarno-Hatta International Airport

Bila dah tengah malam mamai-mamai juga sebab dah ngantuk kan. Lagipun lama juga menunggu kat KLIA2 tadi. Nak tidur dalam flight rasa macam rugi pulak tak enjoy suasana malam, jadi kalau nak travel nie, masa tidur memang kena korbanlah sikit. 

Turun flight ad shutter bas air asia tengah menunggu nak bawa semua penumpang ke airport. Memang pengalaman baru, malam-malam tak berapa clear sangat apa yang jadi, mungkin flight berhenti jauh kot, jadi penumpang kenalah naik bas yang disediakan.

Shutter bas


Lepas selesai urusan passport, kastam dan bagasi, barulah hati rasa lega dan tenang. Nak masuk Negara orang bukan boleh buat main, banyak prosedur, form-form nak kena isi. Semua tu kami dapat selesaikan dengan jayanya. 

Cop passport dulu

Sebelum keluar airport, kami sempat singgah Indomaret untuk beli air dan makanan sebab jauh lagi perjalanan kami. Untuk talian telefon dan internet memang takde masalah, kita boleh roaming je dan harga pun tak mahal. Tapi husband standby juga satu nombor talian Indonesia sebagai langkah berjaga-jaga mana tahu roaming buat hal kan. 

Beli simcard

Kedai serbaneka Indomaret 24 jam

Lepas dah selesai segala urusan di Airport, keluar je tengok ada bas kami dah tunggu. Bas nie akan bawa kami ke Bandung. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Jadi bolehlah kami tidur dan berehat di dalam bas dahulu memandangkan perjalanan kami akan bermula seawal sampainya di Bandung. Mental kena kuat, nak travel bukan senang tapi travel buat kita matang dalam membuat keputusan.







Pukul 1.16 pagi kami gerak dari Jakarta Soekarno-Hatta International Airport ke tiba di hotel Bandung jam 6.40 pagi. Waktu Indonesia lewat 1 jam daripada Malaysia. Dorang juga cerah awal, 5 pagi dah cerah macam kat Sabah. Nak tahu hotel mana kami menginap, tunggu entry seterusnya. 

Wassalam. 

 

Post a Comment

0 Comments