Assalamualaikum.. Hari ketiga kami di Pulau Langkawi dan hari terakhir sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, kami sempat ambil pakej Mangrove Tour, Pulau Langkawi.
Kami dibawa bot menyusuri kawasan paya bakau. Sepanjang perjalanan tu, banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati antaranya melawat Kilim Geoforest Park, gua Kelawar dan gua buaya, singgah kawasan ternakan kolam ikan sangkar, melihat kawasan paya bakau singgah makan tengah hari di atas restoran atas air. Semua bergantung pada pakej yang ditawarkan.
Sesi taklimat oleh pemandu pelancong
Pic 1
Pic 2
Kilim Geoforest Park
Kilim Geoforest Park
Kawasan Fish Farm, macam-macam ternakan ikan sangkar ada di sini
Suami pegang Belangkas
Memberi makan ikan pari.
Sesi bagi makan monyet.. jinak tau..
Waktu tengah hari kami dibawa ke Restoran Tanjung Rhu Terapung (Tanjung Rhu Floating Restaurant & Fish Farm). Makanan akan disiapkan mengikut penumpang sesebuah boat. Tak perlu bayar sebab semua dalam pakej. Daripada tak kenal antara satu sama lain, jadi akrab bila makan satu meja beramai-ramai.
Restoran Tanjung Rhu Terapung
Tunggu makanan dihidang
Lepas makan kita posing jap..
Destinasi terakhir adalah Andaman Sea, ikut kata pemandu pelancong, ia dah berdekatan dengan sempadan Thailand. Pulau kecil yang sangat cantik dan terpencil.
Cantik betul pulau ini
Bot yang bawa kami ke sini
Habis sahaja aktiviti, kami terus bergegas untuk mengemas barang untuk pulang. Flight kami dijangka berlepas jam 3 petang.
Pemandangan waktu petang
Alhamdulillah kami tiba dengan selamat sejam kemudian
Tunggu kenderaan untuk pulang ke rumah
Begitulah cerita percutian kami 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi. Walaupun cuti tidak lama tetapi kami dapat melakukan pelbagai aktiviti di sana. Yang penting adalah pengurusan masa kerana cuti kami tidak panjang.
Percutian di Pulau Langkawi adalah kenangan manis dalam hidup Fiza dan tidak akan dilupakan. Kalau dipanjangkan umur, In syaa Allah kami hendak ke Pulau Langkawi lagi sebab banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang dilawati.
Terima kasih kerana sudi membaca catatan perjalanan Fiza, diharap dapat memberi panduan kepada mereka yang pertama kali hendak ke Pulau Langkawi.
Wassalam.
0 Comments