Assalamualaikum. Sejam
kami pusing-pusing dalam Galeria Perdana, kemudiannya kami meneruskan lawatan ke Bird Paradise. Kami mengambil keputusan hanya untuk bergambar di luar sahaja. Kejar masa kerana cuti kami bukannya lama. In syaa Allah satu hari nanti kami akan ke sini lagi dan bolehlah masuk pula.
Bird
Paradise
Lain
kali ada tahun akan datang sini kot.. In syaa Allah
Sempat
bagi makan hamster yang dorang pamerkan depan kaunter
Pintu
masuk ke Muzium Kota Mahsuri.
Singgah
bergambar
Jam
3 petang kami terus ke Langkawi Cable Car. Tempat wajib dilawati. Sedikit
Info mengenai kereta kabel.
Kaunter
tiket Langkawi Cable Car
Terletak
709 meter di atas paras laut, perjalanan menaiki kereta kabel ke puncak kedua
tertinggi di Langkawi adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.
Sepanjang
20 minit perjalanan, anda akan melepasi air terjun di dalam hutan dan hutan
hujan dara yang sangat tebal. Anda juga boleh melihat negara Thailand di utara
dan Indonesia dari arah barat daya apabila langit cerah.Mengembara di kecuraman
42 darjah, sejauh 2.2 kilometer dari stesen dasar ke dua stesen gunung,
walaupun angin sepoi-sepoi bahasa sudah cukup membuatkan anda gementar. Tetapi
apabila anda sudah biasa dengan perasaan berada di udara, perjalanan ini akan
menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, dan mengujakan.
Pemandangan
dari dalam kereta kabel...
Di
puncak, terdapat sebuah jambatan gantung di mana anda boleh melihat keindahan
pulau Langkawi. Pastikan anda memakai kasut yang selesa kerana perjalanan ke
jambatan gantung agak jauh.
Kereta
kabel beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam, bergantung kepada keadaan
cuaca. Perkhidmatan mungkin dihentikan ketika angin kencang. Bayaran sebanyak
RM15 dikenakan untuk orang dewasa yang mempunyai MyKad dan RM5 untuk
kanak-kanak (harga tertakluk kepada perubahan). Info
Bergambar
dalam kabel car, gayat jugak sebab memang tinggi
Kami
juga sempat merasa pengalaman 6D Cinemotion.
tiket
RM 15 / per person
wajib
pakai cermin mata 6D
Skrin
seperti di panggung wayang.
Penat
berjalan, jam pun dah pukul 7 petang. Masa untuk check in di book sini Cenang Rest House, Pantai Cenang.
Malam
tu kami habiskan masa kt kawasan Pantai Cenang. tamat aktiviti kami pada hari
pertama. Daripada Dataran Lang, kami bergerak Galeria Perdana, singgah di Bird
Paradise dan Kota Mahsuri seterusnya ke Langkawi Cable Car. Sempat merasa
pengalaman 6D. Penat tapi seronok dan tak sabar untuk aktiviti Island Hopping
esok.
Wassalam.
Wassalam.
0 Comments