Find us on Facebook

Percutian di Pulau Pangkor : Batu menyerupai Kepala Ikan Paus terdapat di Pulau Mentagor

Assalamualaikum. Seterusnya kami ke Pulau Mentagor.  Menariknya di pulau ini, kalau di Pulau Giam dapat dilihat batu menyerupai penyu dan kepala buaya, tetapi di Pulau Mentagor terdapat baru menyerupai ikan paus di tepi pulau. Menarik kan. Dapat dilihat pokok atas batu menyerupai air yang keluar bila paus muncul atas air. 

Menurut beach boy yang membawa kami, pulau mentagor pernah dijadikan tempat snorkeling tetapi terpaksa ditutup kerana terdapat landak laut.

Batu menyerupai kepala ikan paus

Aktiviti seterusnya ialah menaiki matrix boat. Dapat pengalaman naik matrix boatAktiviti ini pilihan Fiza sebab minat sangat dengan aktiviti lasak yang tak dapat kat mana-mana. Harga untuk seorang RM 25. Untuk menaiki bot nie, kita kene meniarap. Bot laju yang akan menarik bot matrix nie. Memang sangat laju dan silap gaya boleh terpelanting masuk laut.

Rupa bot matrik, betul-betul ekstrim 

Penat tak terhingga rasanya. Maka aktiviti laut kami berakhir jam 4 petang. Masa untuk balik ke resort untuk mandi dan berehat dahulu sebab petang kami bercadang untuk ke pekan pangkor untuk shopping barang untuk dibawa pulang.
 Bersambung.

Post a Comment

2 Comments