Assalamualaikum. Selepas maghrib kami terus keluar untuk makan malam. Berdekatan resort kami ada banyak gerai dan restoran yang menawarkan masakan seafood dengan harga yang berpatutan.
Seafood Rasa Sayang
Ikan segar beserta harga setiap 100g.
Kami pilih siakap dengan harga RM 30 seekor untuk masakan 3 rasa, kangkung goreng belacan dan menu sampingan kerang bakar dan kangkung goreng belacan. Semuanya hanya berharga RM 60. Harga yang berpatutan dan yang penting sedap.
Menu makan malam
Jemput makan
Selesai makan, kami pulang ke resort dengan perut kenyang dan puas hati dengan aktiviti hari ini. Kami tak buang masa walau seminit pun. Yelah percutian kami singkat hanya 3 hari 2 malam. Esok kami akan beraktivi di laut pulak. Tak sabar rasanya nak cerita. Bersambung.
Wassalam.
Wassalam.
1 Comments
sedapnya ikan siakap
ReplyDeleteterliur tgk