Find us on Facebook

Percutian di Pulau Pangkor : Pakej Snorkeling di Pulau Giam dan Pulau Mentagor

Assalamualaikum. Hari kedua pun bermula dan seperti yang dirancang, aktiviti hari ini ialah aktiviti di laut. Bersedialah untuk sunburn.

Kami bersarapan di gerai berhampiran dan setelah selesai kami pergi ke gerai-gerai yang menawarkan aktiviti boat trip untuk aktiviti snorkeling. Kami ambil bot khas untuk kami berdua sahaja  sahaja berharga RM 40.00.  Murah dan berpatutan. Kami juga dibekalkan dengan 3 biji roti burger untuk umpan melihat ikan. Pulau yang akan mereka bawa adalah Pulau Giam dan Pulau Mentagor.

Pakej yang kami ambil. Boat trip beach boy.

Wajah sebelum sunburn

Pulau pertama adalah Pulau Giam, perjalanan dari Teluk Nipah ke Pulau Giam hanya lebih kurang 10 minit.  Bot laju terasa cepat sampai. Tak sangka ramai yang bersnorkeling kat sini sebab kebanyakkannya keluarga yang datang hanya untuk bersnorkeling di hari minggu. 

Kawasan snorkeling Pulau Giam

Bersedia untuk lompat

Jom ikut Fiza melihat ikan

Fiza dan hubby pergi ke kawasan batu sebab di situ selalunya banyak ikan. Umpankan dengan roti yang dibekalkan, memang banyak ikan yang cantik-cantik dan jinak akan dapat dilihat. 

Aktiviti beri ikan makan

 berenang-renang ke tepian

Penat dan seronok

En. Hubby snorkeling kejap je

Punya la asyik dengan ikan, tak sedar jam dah pukul 2.30 petang. Bayangkan dari pukul 11 pagi kami tiba. Lamanya duduk kat pulau Giam. Muka pun dah terasa pedih.

Jernih air di pulau nie

Setelah penat bersnorkeling di Pulau Giam, kami dibawa menaiki boat pusing Pulau Giam dan ada sesuatu yang menarik iaitu batu Aktiviti boat trip bermula. Kami dibawa pusing pulau giam dan di sini  terdapat satu batu besar yang menyerupai dua bentuk haiwan dalam pandangan yang berbeza iaitu penyu dan buaya. Haiwan tu seolah-olah terdampar di Pulau Giam.

bentuk penyu gergasi 

bentuk kepala buaya

Beginilah rupa Pulau Giam - ehsan google search image

Aktiviti seterusnya kami akan dibawa ke Pulau Mentagor. Apa yang ada di sini kami masih tertanya-tanya. Bersambung.

Post a Comment

0 Comments