Find us on Facebook

Percutian di Pulau Pangkor : Penginapan di Palma Beach Resort, Teluk Nipah dan ronda-ronda pulau

Assalamulaikum, syukur alhamdulilah dengan rezeki yang ada kali ini dapat pula kami ke Pulau Pangkor. Pada mula merancang untuk bercuti di Johor Bharu.. tapi bile fikir elok ke pulau... Pulau yang belum kami pergi iaitu Pulau Pangkor. 

Sebelum nk pegi tu memang buat survey harga.. buka blog.. tanye member pasal pangkor.. Akhirnya keputusan pun dibuat. Antara tempat dan aktiviti yang menarik untuk dilakukan adalah aktiviti snorkeling di Pulau Giam dan Pulau Mentagor. 

jeti pulau pangkor

Perjalanan dari Rawang ke Lumut mengambil masa 3 jam (ikut GPS) menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).  Jumaat 19 April 2013, jam 6.00 pagi kami dari Rawang. 

Perjalanan alhamdulillah lancar. Pulau Pangkor terletak di daerah Lumut. Untuk pergi ke Lumut, ambil susur keluar Bidor dan terus menghala ke Teluk Intan sebagai rujukan. Bila dah kuar Bidor, kita akan lalu jalan kampung. Mula-mula ikut jalan menuju ke Teluk Intan dan akan jumpa sign board Pulau Pangkor. Tak sampai 3 jam  boleh sampai Lumut. 

Terminal Jeti Lumut - Pulau Pangkor

Jam 8.50 kami sampai Lumut dan letak kereta di parking bertingkat. Berdasarkan pengalaman mereka yang pernah pergi ke Pulau Pangkor, parking bertingkat memang khas dan selamat siap dengan CCTV menghala parking.

Kami breakfast di gerai berdekatan. Kebetulan musim lalat agaknya. Lalat banyak menghurung makanan. Kami berhati-hati memilih makanan.

Tiba di Terminal Jeti, kami beli tiket berharga RM 10.00 untuk seorang  perjalanan pergi dan balik. Rasanya harga tambang sangat berpatutan.

Feri yang akan membawa kami ke Pulau Pangkor

Pemandangan sekitar jeti

Tengok laut tenang rasanya

Kami lepak di bahagian luar feri

Selfie

Selamat sampai di Pulau Pangkor

Sampai di Jeti Pangkor kami ambil motosikal sewa. Senang nak pusing-pusing pulau. Korang jangan risau, memang senang nak dapatkan kenderaan sewa sebab penyewa kenderaan yang akan tawarkan kita kenderaan sewa mereka, Harga sewa motosikal RM 80.00 untuk 3 hari.. Kami ambil skuter, senang nak letak bag.

Motosikal sewa untuk ronda-ronda pulau, siapa nak tumpang

 Palma Beach Resort

Dapat motosikal, kami terus ke Teluk Nipah iaitu Palma Beach Resort. Check in dengan harga RM 95 untuk satu hari. Resort ala-ala kampung tapi best la dengan prasarananya yang sederhana. 

Bilik kami

Selesai ronda pulau

Kami merancang untuk pusing satu pulau. Sebelum itu kami makan tengah hari makan nasi goreng ikan rebus berdekatan dengan resort. Sedap sampai tak sempat nak ambil gambar.

Aktiviti pertama kami ke Kilang Satay. Nantikan entry seterusnya hari pertama kami di Pulau Pangkor.

Wassalam.

Post a Comment

4 Comments

  1. Salam. hee seronok pergi pulau.

    ReplyDelete
  2. Assalam..seronok baca pengalaman u..
    In sya allah ... planning hujung tahun ni pon nak kesana juga..

    ReplyDelete