Assalamualaikum. Aktiviti dan percutian kami di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam makin melabuhkan tirai. Esok kami dah nak bertolak balik. Sebelum itu, kami sempat ke Pekan Pangkor, pergi ke kedai-kadai untuk membeli cenderahati.
Pekan Pangkor
Perjalanan balik ke resort, kami singgah di Pantai Pasir Bogak untuk lawatan terakhir kami di Pulau Pangkor.
Pantai Pasir Bogak
bergambar di Pantai Pasir Bogak
Hari pun makin senja, kami pulang ke Teluk Nipah untuk menikmati waktu senja di sini sambil makan di gerai char kueh tiow.
Waktu senja di Teluk Nipah
Maka berakhirlah percutian kami di Pulau Pangkor dan kami bertolak pulang keesokan pagi pada April 2013 jam 1000. Percutian yang sangat seronok dan yang paling best pulau nie memang damai dan sesuai sangat untuk bawa keluarga untuk bercuti kerana kos perbelanjaan yang rendah.
Wassalam.
1 Comments
cantik gambar amik waktu senya kan
ReplyDeleteromantik gitu