Assalamualaikum. Pertama kali jejak kan kaki ke Pulau Pangkor tidak sangka ia adalah pulau kecil yang sangat seronok untuk percutian singkat dan dengan bajet yang kecil, sesiapa sahaja boleh menikmati percutian di pulau. Pulau Pangkor juga merupakan gabungan perkampungan nelayan dan resort. Apabila berkunjung ke Pulau Pangkor, kita dapat memerhati cara hidup nelayan disamping menikmati pantai serta kemudahan yang disediakan di Pulau Pangkor.
Peta Pulau Pangkor.
Sumber:pulau-pangkor.com
Kemudahan yang disediakan adalah seperti Feri iaitu mengangkutan utama untuk ke pulau. Setibanya di pulau, kemudahan seperti menyewa motosikal dan kemudahan untuk mendapatkan khidmat van sangat mudah. Pendek kata, kita tidak perlu risau dengan kenderaan yang telah disediakan buat pengunjung.
Berikut adalah tempat menarik di Pulau Pangkor.1. Pantai Pasir Bogak
2.Pulau Mentagor
3.Snorkeling di Pulau Giam
4. Menikmati Seafood di Teluk Nipah
5.Kota Belanda
6. Kilang Satay Eng Seng Pangkor
7.Taman Fu Lin Kung
Pulau Pangkor boleh habis pusing dalam beberapa jam sahaja memandangkan pulau tidaklah besar. Untuk ke Pulau Pangkor, melalui jalan darat pengunjung boleh melalui Lebuh Raya Utara-Selatan ke arah Perak dan keluar melalui tol Bidor.
Ikut sahaja tanda ke arah Pelabuhan Lumut atau Pengkalan Tentera Laut Lumut kemudiannya perlu mengikuti papan tanda ke Teluk Intan dan Sitiawan sehingga jumpa Jeti untuk ke Pulau Pangkor.
Nak cari penginapan selesa di Pulau Pangkor, booking sini --> Senarai Hotel di Pulau Pangkor
Wassalam.
0 Comments