KUALA LUMPUR - Pembenihan awan bagi mengurangkan jerebu di negara ini, terutama di Muar dan Ledang di Johor, bagi memperbaiki kualiti udara tidak dapat dilakukan pada waktu ini kerana cuaca yang kering dan tidak berawan.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Halimah Hassan berkata berdasarkan pemantauan jabatan itu, pembenihan awan boleh dilakukan dalam masa beberapa hari lagi bergantung kepada keadaan awan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Che Gayah Ismail pula berkata sekiranya pembenihan awan dilakukan dalam keadaan yang tidak sesuai ketika ini, ia tidak akan berjaya.
Keadaan tidak berawan dan kering, berserta taufan Tropika Bebinca (Fabian) yang sedang melanda Laut China Selatan dengan tiupan angin dari Barat Daya yang lebih kuat membawa asap jerebu merentas sempadan di rantau ini, akan menyukarkan lagi proses pembenihan awan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sidang akhbar bersama itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Bagaimanapun, Che Gayah berkata taufan Fabian yang dijangka berakhir esok akan menyebabkan keadaan cuaca lebih baik dengan sedikit hujan untuk mengurangkan jerebu di negara ini.
Keadaan cuaca ketika ini adalah kering melebihi daripada biasa kerana negara kini berada dalam musim Monsun Barat Daya yang dijangka berakhir September ini, katanya. - Bernama
_____________________________________________________________________________
Bile musim jerebu nie perkataan pembenihan awan akan disebutlah dlm berita dan paper.. fiza nak kongsi sikit aper itu Proses Pembenihan Awan...
Jenis-jenis Pembenihan Awan
1. Silver iodida adalah ditembakkan ke awan menggunakan hembusan api pesawat atau ditembak dari tanah
2. Titisan air kemudian berkumpul disekeliling silver iodida.
3. Titisan jatuh seperti salji jika suhu persekitaran samaada permukaan di bawah atau berhampiran menghampiri takat beku, atau manakala ia menjadi hujan pada suhu persekitaran yang tinggi
4. Haba dibebaskan sejurus sahaja titisan hujan dihembus angin kuat, yang menarik hawa lembap lebih ke dalam awan.
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
Cam nie la proses pembenihan awan.. Cukup la tuk pengetahuan bagi sape yang masih blur2 pasal nie.. fiza nak terangkan pun x pandai.. lgpun dah lame tinggal sekolah.. hehe..
0 Comments