Assalamualaikum. Oleh kerana hendak mendapatkan sample new Teint Visionnaire Foundation dari Lancome. Fiza berpeluang untuk ke One Utama bersama Kak Ena dan Kak As. Kira macam Ladies outing lepas waktu kerja.
Sample tu diberikan untuk dugunakan dan perlu berikan feedback selepas penggunaannya. Feedback yang menarik akan menerima Lancome Skin Perfecting Makeup Duo yang bernilai RM 450.00. Kalau ada rezeki memang berbaloi sangat.
fiza sharekan kat FB.. korang pun boleh terjah sini https://www.facebook.com/LancomeMY/app_490404704370113
Harga satu foundation RM 155.00
Sample kami terima mengikut tona warna kulit
Selepas mendapatkan sample foundation, kami isi perut di Restoran makanan korea, Dubu-dubu. Pertama kali Fiza menjejakkan kaki ke sini dan pertama kali juga hendak merasai makanan korea. Eksited tidak terkira rasanya.
Restoran Dubu-dubu One Utama
Menu Fiza ambil Honey Garlic Bulgogi Beef Set dan Citron Tea
Ddukboki spicy rice cake. Masam, manis dan pedas.
Model tidak berbayar
Fiza bercadang untuk ajak Mr. Hubby ke sini lagi sebab dia memang teringin hendak makan kek beras pedas tu.
Perut sudah kenyang, kami cuci mata di S&J dan HOMES. Banyak barang-barang comel di sini. Sempat rembat FM dan keychain. Kak Ena belanja kami Keychain perempuan Jepun. Fiza akan update dalam koleksi FM dan Keychain bagi bulan September.
Koleksi hello kitty di HOMES
Fiza beli bekas air HK
Jauh berjalan dalam One Utama, sebelum pulang sempat singgah Candylicious. Masuk sini memang rambang mata melihat coklat dan gula-gula yang berwarna-warni.
Decoration yang comel.
Belgian Choco, Buy 1 free 1
Seronok dapat berjalan-jalan dengan akak-akak Pejabat. Memang sakit kaki sebab banyak betul tempat kami singgah untuk cuci mata. Tapi kami semua enjoy.
Wassalam.
12 Comments
amboi2...so jeles nie...
ReplyDeleteermm .. cedapnyerr.. :)
ReplyDeleteakak tak pernah lagi mencuba masakan korea.. nampak sedap tu fiza.. :D
ReplyDeletebestnya shopping fiza...... mama nak jugaaaakkk...........
ReplyDeleteamboiii.. mkn kat dubu2.. sedap2.. :D
ReplyDeletewoahh bestnya outing2. huhu
ReplyDeletebes ek dubu2 , tringin gak nak pegi... hello kitty pnya brg melambak gila... syok jalan2 dgn kawan2 perempuan kan. memang betol freedom la hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum awak. bestnya jejalan. ehh awak comel sangat! suka tengok. heee dubu2 tu sheila tak pernah makan. hehehhe
ReplyDeletebestnya makan kat dubudubu. ^^
ReplyDeletesyok betol betol jenjalan =) acanelah rsa msakan korean tu ye..orang dh minat korea..mstilah semuanya sdap kn..he3
ReplyDeletewahh , jeles lah kite !
ReplyDeleteumairah klu msk candyliciouse tu confirm rabak wallet k.ena nie
ReplyDelete