Find us on Facebook

Percutian ke Sabah : Menerokai Rumah Terbalik dan melintasi Jambatan Tamparuli

Assalamualaikum. Penat bersnokeling di Pulau Manukan dan Pulau Gaya, kami selamat sampai di jeti jam 2.30 petang. Kami terus bergerak ke hotel untuk balik mandi dan mengubah jadual perjalanan. Kami bercadang untuk pergi ke bahagian Tuaran dan Tamparuli. Moga esok jadual tidaklah terlalu padat. 

Tuaran dan Tamparuli 

15 September 2013, jam 1600

Korang pernah dengar Rumah Terbalik tak? Rumah Terbalik (Upside Down House) dengan bayaran masuk RM 10.00 seorang. Nak masuk rumah ini bersyarat, kawasan bergambar hanya di bahagian luar rumah. 

Denda RM100.00 dikenakan untuk individu yang mengambil gambar atau merakam di dalam rumah tersebut. Mereka juga menyediakan pemandu pelancong yang akan memberi informasi mengenai rumah ini.

Perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Rumah terbalik mengambil masa 1 jam.

Kereta terbalik

Sisi rumah terbalik.

Tandas terbalik

Rumah Terbalik direkodkan dalam Malaysian Book of Record. Unik dan tidak rugi untuk dikunjungi dan antara peluang yang jangan dilepaskan.


15 September 2013, jam 1715.

Memandangkan Rumah terbalik berdekatan dengan Jambatan Tamparuli, kami ambil peluang untuk melihat rupa bentuk Jambatan Gantung Tamparuli. Sebab nama jambatan ini ada dalam lagu tradisional rakyat Sabah yang telah direka dan pasti kita semua pernah dengar. 

Pak pak saya melangkah
Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Saya berkasut tinggi
Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Pak pak saya melangkah
Saya berkasut tinggi
Celaka kasut saya
Terjatuh di jambatan
Hanya tinggal stokin
Saya bawa pulang rumah
Pada hari rabu
Tamu di Tamparuli
Saya masuk serata kedai
Mencari kasut tinggi
(dah translate)

Jambatan Gantung Tamparuli

15 September 2013, jam 1930.

Waktu makan malam adalah waktu yang paling ditunggu. Selepas Maghrib kami terus ke gerai-gerai makanan laut kat KK Town nie. Suasana yang sangat happening. Penuh dengan gerai makanan laut baik yang mentah ataupun telah siap masak. Gerai-gerai makan juga menyediakan makanan laut yang boleh kita pilih untuk jenis masakan yang kita mahukan.  Kami pilih ikan buat masak stim limau, udang masak sambal dan udang goreng butter sarang telur (butter prawn).. 

Kos makan malam untuk 3 orang hanya RM 88.00 termasuk minuman dan nasi tambah.. Harga yang sangat berbaloi dan masakan pula sedap. Makanan laut pula segar.

Menu makan makan kami yang simple

Tamatlah sudah percutian kami di Sabah untuk hari kedua. Nantikan sambungannya dalam entry seterusnya yer.. Story untuk hari ketiga  pasti lebih menarik lagi .. >_<

Post a Comment

8 Comments

  1. salam
    rumah terbalik tu memang boleh sesat nak mencari sebab bukan dalam pekan tamparuli.tapi akak rasa tak berbaloi.nak masuk kena rm 10...

    ReplyDelete
  2. belom berkesempatan ke rumah terbalik ni, tapi L ada tgok dlam tv3 jelajah sabah Jehan Miskin , nampak menarik.. :) tp mkn seafood tepi KK city mmg best.. :) freash dari ladang ..>.<

    ReplyDelete
  3. pernah belajar lagu tamparuli ni time kat skola dulu.
    sy pun baru cadang2 nak ke Sabah ngn member2, best tak kt sana?

    ReplyDelete
  4. bes nyer tempat ni fiza.. teringin nak pegiii

    ReplyDelete
  5. best2 =) inshaa'Allah teringin nk pergi..terikan rumah terbalik 2 mcm menarik je..

    ReplyDelete