Assalamualaikum. Percutian 4 hari 3 malam ke Sabah akan Fiza kongsikan buat pembaca. Bagi yang akan bercuti ke Sabah, memang Fiza ucapkan selamat bercuti. Korang akan rasa betapa seronoknya berada di Sabah sebagaimana yang Fiza alami. Bagi yang belum ke Sabah, masukkan dalam wishlist korang sebab rugi kalau tak jejakkan kaki di Negeri Bawah Bayu.
Kami pergi bertiga, Fiza bersama suami dan kawan En. Samsul. Kebetulan Air Asia Syarikat penerbangan tambang murah membuat promosi tambang murah dan kami dapat tiket berharga RM 310 pergi balik setiap seorang. Boleh dikatakan murah juga. Tempahan kereta sewa dan hotel semuanya diuruskan sebelum kami pergi. Hotel kami tempah di Booking.com manakala kereta sewa ditempah sendiri oleh En. Samsul.
Percutian kami akan meliputi kawasan Kota Kinabalu, Tuaran, Kundasang, Ranau dan Tambunan. Contoh seperti peta di atas yang Fiza telah bulatkan. Tak perlu cerita panjang lagi. Jom baca perjalanan kami.
Sabtu 14 September 2013, jam 1105
Perjalanan menaiki kapal terbang daripada LCCT ke Kota Kinabalu memakan masa 2 jam 15 minit.Kami bertolak dari LCCT ke KK dan perjalanan memakan masa selama 2 jam 15 minit. Perjalanan berjalan lancar dan tiba tepat pada waktu untuk check in hotel
Terminal LCCT Sepang
Pemandangan Pulau Sapi dan Pulau Gaya
Welcome to Sabah
14 September 2013, jam 1430
Setibanya kami di Terminal 2, Kota Kinabalu kereta sewa telah menunggu kami. Kami mendapat kereta Perodua Viva dan sesuai untuk kami bertiga.
Perodua Viva
Berpandukan GPS, kami mencari hotel yang terletak dalam bandar Kota Kinabalu. Hotel Traveller berada di tengah-tengah bandar KK dan sangat strategik untuk kami berjalan-jalan dalam bandar. Waktu Asar di KK adalah pada 3.20 petang. Selepas selesai urusan peribadi, kami terus keluar meronda.
Kredit : Google Image
Hotel Budget terbaik
14 September 2013, jam 1530
Cuaca agak mendung. Kami keluar hanya dengan berjalan kaki. Melihat bandar KK yang aman damai dan tidak sesak seperti di Kuala Lumpur.
Bandar Kota Kinabalu
Ikan Todak mercu tanda di tengah bandar KK
Cuaca mulai mendung dan hujan rintik
Hujan lebat kami tidak peduli sebab kami perlu manfaatkan waktu dan masa yang ada. Tapi syukur kerana hujan tidak lama dan kami masih boleh meneruskan aktiviti jalan kaki di sekitar pasar KK.
Pasar Basah KK
Kuih Pinyaram wajib cuba. Manis dan sedap
Pasar dengan jualan barangan hasil laut kering seperti
ikan masin , ikan bilis dan udang kering
Kedai cenderahati
Mutiara Sabah.
cenderahati wajib bawa pulang apabila ke Sabah
14 September 2013, jam 1845
Lepas Maghrib, kami terus ke Pasar Philippine. Syurga makanan laut terletak di sini. Yang mentah, yang sudah dimasak semuanya ada. Bila tengok makanan yang dijual terasa nak makan semuanya.
Seafood Bakar
Besarnya udang galah
Disebabkan malam itu ada perlawanan bola Pesta Bola Merdeka Final Malaysia vs Myanmar kami ambil keputusan untuk menikmati makan malam di kedai yang mempunyai skrin besar. Kami lupakan dulu niat untuk menikmati makanan laut. Habis perlawanan bola kami pun pulang untuk berehat kerana hari esok menjanjikan lebih banyak keseronokan.
Wassalam.
5 Comments
seafood tu yang tak menahan tengok tu, terliur ni...he he he...
ReplyDeletewahh best nyerr fiza.. ^_^
ReplyDeletepegi pulau & ladang lembu tak? tu mmg the best! rasa taknak balik. kihkih
ReplyDeletewowww..bestnya =) pnh juga psang hjat nk pergi sna, msti byk blnja..hehe kt sna shopping skan la ye..pasti keychain ada bwa blik jugak kn?? mhal x brang2 kt sna?? tkot tgok seafood 2..agak2 berapa la hrganya..
ReplyDeletefuyoo beznye jalan2.. hehe..
ReplyDelete