Find us on Facebook

Outdoor Theme Park Genting

Assalamualaikum.. korg semua dan sarapan? Bos Fiza pergi meeting hari nie.. tp tgh hari nnt balik la.. sblm dia balik nie duk pikir2 jugak nak story aper yer hari nie.. Tetiba Fiza teringat sembang2 Fiza dengan adik lelaki Fiza hari minggu lepas mengenai Genting Highland nak tutup.. 

Terkejut juga Fiza bila si Hilmi nie cakap mcm tu.. lepas tu dia bagitahu bukan tutup semua, just outdoor theme park sahaja.. oh yeke.. Nape yer.. rupenye dorg nie ader projek besar yang akan digantikan kat atas bukit tu.. tak dapat bayangkan.. 

Genting Highlands akan ditutup selama 3 tahun bermula 1 September 2013 dan akan diganti dengan 20th Century Fox Theme Park pada tahun 2016. Genting Indoor Theme Park tetap beroperasi seperti biasa.

Berdasarkan kenyataan Resort World Genting,Taman Tema yang akan di buka pada tahun 2016 ini merupakan Taman Tema 20th Century Fox yang pertama dengan permainan dan daya tarikan lain berdasarkan blockbusters seperti Ice Age,Life of Pi, Alien, and Night at The Museum.

Presiden 20th Century Fox Consumer Products, Jeffrey Godsick menyatakan taman tema tersebut merupakan tanda pelancaran lokasi global mereka berasaskan strategi hiburan.

Taman Tema tersebut akan dibina di atas lebih daripada 25 ekar,dan menampilkan lebih daripada 25 permainan dan daya tarikan. Ini bermakna Taman Tema ini akan menggantikan "Taman Tema" lama yang merupakan sebahagian daripada Resort World Genting dan terletak di puncak kawasan yang dikenali sebagai Genting Highlands.


Kenangan berada di Genting Outdoor Theme Park 2012

tak tahu yang ke berapa kali.. hehe.. 

teman Mr. Hubby main gateh air..  

Bagi si Hilmi merasa pulak.. 

Fiza dan Mr. Hubby

Kalau nak tahu Fiza nie penggemar permainan roller coaster. Solero Space Shot pulak Fiza pernah try sekali sbbnye mmg adventure dan nak tercabut jantung.. tak berani dah nak cuba lagi.. hihi.. Kenangan ke Genting Highland tahun nie pun ader Fiza masukkan dalam enrty bulan Julai.. Kalau nak baca boleh la klik kat sini... 

Jom2 sambung kerja okey.. >_<

Post a Comment

14 Comments

  1. wahhahaha..bestnya =) sy xberkesempatan lg nk pergi..planning sllu je xmnjd..hmm lama btol ttp ye..smpai 3thun tu..kalau indoor ada permainan ape je??

    ReplyDelete
  2. genting oh genting... last pergi last year... bersama suami tercinta... ^_^

    ReplyDelete
  3. Dah lama x gi genting. Kene tunggu 2016 le yek

    ReplyDelete
  4. Bestnya..sya ingatkn semua genting tutup..bolehla pg cti2 nnti ni..

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak tengok hasilnya..mesti lebih seronok :)

    ReplyDelete
  6. liya xpernah pi walau sekali pon

    ReplyDelete
  7. hi, pernh keje kt genting setahun.. :) solero tu mmg rase xder pinggang, melayang mcm x duduk kt seat kn?..

    ReplyDelete
  8. Kita ni memang forbia tempat tinggi. Ta[pi pencinta roller coaster. So bila naik tu, mata tutup sehingga turun. The worse experience naik roller caoster di Blackpool..memang horror sangat-sangat...mengucap all the way..he..he

    ReplyDelete
  9. 3 tahun lama tu.. bestnya fiza dah pergi sana..

    ReplyDelete
  10. bestnya dpt p genting..kita org sabah, entah bila dpt p sna..heee

    ReplyDelete
  11. wah wah.. hanimoon lagi.. hihihi..

    ReplyDelete
  12. Wah.. seronok.. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  13. Pernah g sekali je..tp x kn naik roller coaster tu...takut..jerit nk terkeluar ank tekak..hehee

    ReplyDelete