Assalamualaikum. Memandangkan ini adalah pengalaman pertama kali ke Cameron Highlands, memang terasa juga kelam kabutnya. Sebab tidak tahu mana tempat yang best, mana tempat yang boleh kita cari buah Strawberry kerana ada pelbagai tempat untuk dikunjungi. Untuk yang pertama kali jejakkan kaki di Cameron Highland, boleh ikut cara Fiza apabila ke sana.
Rujuk peta untuk perjalanan seterusnya |
Di sini terdapat banyak ladang dan memang sukar untuk membuat pilihan. Sekiranya korang ada di sekitar Brinchang, boleh ke Kasimanis Strawberry Farm. Nak tuju pun senang. Di sini kita boleh petik strawberry dan juga beli buah strawberry segar. Selain itu, Strawberry Corner Kea Farm juga adalah salah satu ladang untuk mendapatkan buat strawberry segar. Di sini pun terdapat pasar menjual buah strawberry dan ladang cendawan. Fiza hanya turun untuk bergambar ringkas sahaja kerana destinasi seterusnya lebih menarik lagi.
Ini strawberrynya, dijual siap packing |
Manis sangat sesuai dengan nama ladang Kasimanis |
Strawberry gergasi telah ditemui di Cameron Highlands |
S' Corner Central Market |
2. Cameron Lavender Garden
Selain daripada melihat keindahan bunga lavender yang bewarna ungu, di sini juga merupakan tempat yang cantik untuk bergambar. Kawasannya bertingkat dan di bahagian atas terdapat pelbagai jenis tanaman bunga-bunga yang cantik dan mekar. Pengunjung yang ingin ke sini perlu membayar tiket masuk yer.
3. Cameron Tringkap Bee Farm
Terletak di tepi jalan dan terdapat muzium lebah di dalamnya. Kalau teringin nak makan ais krim strawberry, boleh juga singgah di sini.
4. Ladang BOH Sg. Palas
Datang Cameron Highland kalau tak singgah ladang boh memang tidak lengkaplah perjalanan di sini. Untuk ke sini pastikan korang melihat signboard yang berada di tepi jalan kerana papan tandanya agak pudar dan agak terpencil.
Nak beli madu asli untuk dibawa pulang. Bolehlah singgah di Taman Lebah. Untuk ke sini memang mudah, ia berhampiran dengan jalan masuk untuk ke Ladang Boh Sg. Palas. Taman lebah adalah tempat di mana mereka membela lebah bagi mendapatkan madu. Dari atas kita boleh lihat tempat mereka membela lebah. Pelbagai jenis madu boleh didapati di sini.
6. Pasar Malam Brinchang
Bagi yang merancang untuk membawa pulang buat strawberry segar sebagai buah tangan, boleh dapatkan di Pasar Malam Brinchang. Di sini terdapat pelbagai barang yang dijual. Harga pun murah kalau nak dibandingkan dengan harga. Seperti pasar malam yang lain, terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual di sini. Kalau tak berkesempatan untuk merasai Strawberry celup coklat, di sini korang akan dapat dengan harga yang murah.
7. Kedai Cenderamata Tanah Rata
Sebelum pulang, jangan lupa singgah di kedai cenderamata yang terdapat di sepanjang jalan. Nak lagi senang singgah sahaja di Tanah Rata. Di sini lebih senang untuk letak kereta dan terdapat pelbagai pilihan cenderamata untuk dibawa pulang.
Percutian 2 hari 1 malam lengkap untuk 7 destinasi. Panduan ini bolehlah untuk korang yang pertama kali ke sini. Tapi bila sudah jejak kaki ke sini, korang nampak lebih banyak tempat menarik dan pasti akan datang lagi kerana terdapat pelbagai lagi tempat menarik untuk dikunjungi.
Jadinya lepas ini bolehlah ambil cuti yang lama dan jalan puas-puas di Cameron Highland.
Sekian.
Wassalam.
0 Comments