Find us on Facebook

Resepi Siakap Stim Limau

Assalamualaikum... minggu lepas Fiza berkesempatan untuk beli Ikan Siakap.. masakan yang sesuai untuk ikan nie mestilah siakap stim limau kan.. Tak susah nak buat dan bahan-bahan pun senang.. Bila publish kat FB ada kawan-kawan yang minta resipi.. Menu macam nie baik untuk kesihatan kerana tidak menggunakan minyak.



Bahan-bahan ( 2-4 org )

1 ekor ikan siakap
3 biji bawang putih - di mayang
5 biji cili padi - dicincang
3 biji limau nipis - di ambil airnya
1 biji cili merah - dicincang
1 inci halia - di mayang
Sedikit garam
Sedikit gula


Cara-cara

1. Ikan dibersihkan dan lumur dengan garam. Biar serap garam selama 5 minit.

2. Campurkan semua bahan bahan yang dicintang dan dimayang bersama ikan. (seperti gambar di bawah)



3. Sedia untuk kukus.. Kalau siapa yang ada pemanggang ajaib lagi mudah sebab boleh kukus terus.

4. Kukus selama 15 minit atau pun sampai masak.

5. Sedia untuk dihidang.

Ikan Siakap Stim Limau

Memang dah jadi favorite En. Hubby. Kalau boleh dia nak menu nie ada setiap minggu. Kalau makan kat kedai confirm RM 30.00 ke atas ikut saiz ikan.. Tapi kos nak buat tak sampai RM 10.00. Selamat mencuba.

Wassalam.

Post a Comment

23 Comments

  1. Assalamualaikum fiza. fav sheila ni. tapi dah lama tak masak ikan siakap stim limau. huwaaaaaaaaa terliurnya tengok ni :)

    ReplyDelete
  2. My faveret ever ! Lapaq teruih oih. :D

    ReplyDelete
  3. bagus masak ikan rebus nie..kurang kolestrol

    ReplyDelete
  4. sy je suka makan ikan rebus ni... anak n hasben tak suka..tu yg jarang buat tu...

    ReplyDelete
  5. wow fiza . sedap tu. liya selalu makan time dinner company ja . masak kat umah xpernah lagii :)

    ReplyDelete
  6. emmm terliur...sedapnya tgk..:)

    ReplyDelete
  7. Simple..anak-anak akak suka makan ikan siakap masak stim..selalu jugaklah masak..

    ReplyDelete
  8. ya allah dapnyee kak fizaa niiii hihihihihi

    ReplyDelete
  9. qilah nk bookmark niiiihi hihihi <33
    rindunya nak makan dkt kedai xD

    ReplyDelete
  10. klu mkn kat luar raye mmg rm 30 . masak 3 rasa pun sedap juga . saya lapar ... blm dinner la dear .

    ReplyDelete
  11. wah.. sedapnya.. mudah guna pemanggang ajaib.. masa memasak dapat dijimatkan..

    ReplyDelete
  12. bookmark! mama nak rompak resepi fiza... walaweh!!!... sedap..

    ReplyDelete
  13. mengancam! tapi mujur dapat menahan ailio lagi hehehe. Kenit baru dapat makan siakap 3 rasa ari tu :)

    ReplyDelete
  14. ika bookmarked...boleh ika cuba nanti, sebab abah pun minat juga makan ikan2 ni semua hoho

    TQ share respi ni fiza~

    ReplyDelete
  15. amboi sedapnyeeeeeee...lapa trus..huhu

    ReplyDelete
  16. rajinnya dia buat.. :)
    sy x berapa minat pula dgn ikan masak camni..tak tahulah napa..

    ReplyDelete